Tuesday, May 31, 2011

Ku Bukan Aku - bila Mr A bersuara..



Lama sungguh hari berlalu
Hening malam menyiksaku
Bila bersendirian sepi jadi pilu

Kau pergi aku yang hilang
Sedikit pun hidup tak senang
Langit cerah ku renung mendung kelabu

Kerana diriku bukan aku
Tiap kali kau menjauh
Fikiran tak keruan
Jiwa rasa kekosongan
Diriku bukan aku
Tiap kali kau menjauh
Pulangkan dia ke pangkuanku

Yang digemar menjadi bosan
Sukarnya cari ketenteraman
Bila hati bersedih semuanya tak betul

Ku cuba setabah hati melupakan
Dirimu dari ingatan
Tapi semakin dicuba semakin rindu

Saturday, May 28, 2011

an open letter for FC Barcelona



FC Barcelona won just now, beating Manchester United with 3-1.

to be honest, i was not a football fan, and i'm still not. but when it comes to Barça, i just get excited. i dont even know half the name of the players (except for David Villa and Puyol of course) until a friend of mine introduced me all the players 2 hours ago.

i happened to be in love with Barça about a year ago, and i still am, and will always be.

will always be....

i went to their stadium in Barcelona last year, and i miss that moment so damn much. i miss the heat and the ambiance. we had so much fun, smile all the way long....i never knew it was a sacred day, a one turning point in my life.

just so you know, it won't be that easy to love another club when you are a die hard fan. Ups and downs, rise or fall, i will always be there to support.

i just hope that, all my support and love for Barça will be appreciated. having me as a new fan, was a jackpot for Barça because its not easy to convince people like me to love a football club okay? i'm exclusive man!

just don't dissapoint me in the future Barça, i'm done being dissapointed a few times already because i know, you are different from all those cheap fucking clubs that i know...

CONGRATULATIONS FC BARCELONA!!

Wednesday, May 25, 2011

Wednesday, April 13, 2011

Penunggang Bertopeng

kadang² manusia ni memang jenis tak faham. bila orang dah kata tak nak tu, tak nak la. dok lagi sibuk nak mengendeng². c'mon la, it has been yearsss ok. kawan, yes. lebih², a big NO. walaupun kata² kau tu buat aku atleast tersenyum, tapi still tak boleh. kalau dulu ye la, aku mungkin lemah bab² kena ayat ni. sekarang, sorry..

lama tak membebel kan? yelah. bizi sket. sebelum cuti mmg selalu camni. test memanjang. minggu ni je relax sket, kelas selang sehari je. then minggu depan dah cuti. tu pun still, ade 2 assignment yg masing² 15 page kena buat dan perlu di hantar after cuti. duh, kepala otak dah karat bab² buat² ayat ni. kalau aku nk buat ayat dalam bahasa malaysia pon dah tunggang terbalik, ni kan pulak nak menaip n karang dalam french. nasib lah, janji prof faham isi aku.

sebenarnya, nak cakap pasal Kamen Rider ni je. pada sape² yang kenal aku, mesti diorang tau aku ni gila kamen rider. aku mungkin tak tau siape manager Manchester United atau nama penjaga gol diorang, tapi aku tau kalau korang tunjuk gambar Kamen Rider (mane² lah) insyaAllah aku tau nama diorang. well, umur 23 tahun tak bermakna aku takleh tgk Kamen Rider kan. abg ipar ngan akak aku yg dah anak dua pon dok sibuk tgk Naruto lagi..

sempena episod ke 1000 kamen rider sepanjang show diorang dari zaman Showa era sampai lah Heisei era (utk keterangan lanjut, sila la wiki Showa era and Heisei era ni), aku nak kongsi sket feveret² top 5 kamen rider yang aku minat ni. currently episod ke seribu ni adalah show Kamen Rider OOOs. mmg sumpah kelakar! oh, ada dua je beza kamen rider zaman dulu² ngan kamen rider zaman sekarang. kamen rider zaman dulu kaler tak banyak n show lebih serius, tapi kamen rider zaman sekarang mmg la teramat sangat kalerfull dah macam pelangi and kelakar...

so now aku nk umum my top 5 kamen rider. actually this list boleh pergi sampai 10 sbb baaaaaaaaaaaanyak sgt kamen rider yang aku suka. tp ni la nak tanak tunjuk 5 je sbb kalau tak sampai ke sudah tak abes². aku akan start dari no 5. ni sume dari youtube je, so korang boleh tgk sndiri kamen² rider ni plus lagu² opening diorang yang best.

ke-5) KAMEN RIDER KABUTO


ke-4) KAMEN RIDER KIVA (lagu opening dia best)


ke-3) KAMEN RIDER OOO's (ni kelakar punye kamen rider,currently showing for season 2010/2011)


ke-2) KAMEN RIDER BLACK Rx (ni la satu²nye kamen rider tua yg boleh masuk list top 5 aku)


ke-1) my top feveret, KAMEN RIDER DEN-O (ni la kamen rider paling kelakar aku pernah tgk, n sbb diorang ni glamer sgt, tiap² tahun ade je muvi diorang ni. sampai ada special show ngan Shin Chan)

hah, ape lagi, dah teringat zaman kanak²? masih belum terlambat utk jadi kanak² semula guys. XD

ps: dah jatuh cinta dengan German plak. nasib baik la German ni brape tapak sangat la dari tempat aku. Chrissie, kalau kau depan mata aku sumpah aku bagi kau Rider kick satu. tak reti² nak setia. sengal.

Sunday, April 10, 2011

Verbotene Liebe

Forbidden Love by The Wanderer

Dreams come at night
that you holding me tight
But you won't be there when I'm crying
Can't hide my love cause I'm not strong enough
How can I go on without lying?

Baby forbidden love goes straight to your heart
And I can't stand the pain when I call up your name
Forbidden love goes straight to your heart
And your soul, losing control
Ohh..

I couldn't believe that I try to deceit
A friend who do trust me forever
I'm just a man
I would do what I can
I telling the truth now or never

Baby forbidden love goes straight to your heart
And I can't stand the pain when I call up your name
Forbidden love goes straight to your heart
And your soul, losing control
Ohh..

I'm trying to hide all these feelings inside
How can I go on when you leave me?

Ohh forbidden love goes straight to your heart
And I can't stand the pain when I call up your name
Forbidden love goes straight to your heart
And your soul, losing control

forbidden love goes straight to your heart
And I can't stand the pain when I call up your name
Forbidden love goes straight to your heart
And your soul, losing control
hmm hmmmmmmm....


Thursday, March 31, 2011

Saat hilang cintamu


nah, amek cover pengubat lara. penuh perasaan aku nyanyi neh!

sorry la aritu terlupa nk tukar balik setting private blog tu. saje try test the other day, mase nak buang chatbox (aku dah buang, tak relevan. nak ckp ngan aku, komen je terus)then terus terlupa. pastu of course la bila aku buka kat komputer sendiri boleh je aku acces, sbb mmg dah ada account aku. baru perasan, bila dapat emel ada org request nak join blog. so, here i am again.

x bnyk sgt cerita. cuma lately ni susah sangat nak tido. classmate aku ckp maybe aku ni pikir bnyk sgt. lepas tu mula la skip kelas. babi betul.

pastu ada pulak org kata aku dah makin kurus. of course la kurus! makan pon macam tak berapa nak makan. semalam je makan bnyk sket, tu pun mmber classmates aku dari China ajak makan. penat jugak aku nak explain aku makan daging halal je. tapi diorang mmg terbaik, sanggup pi cari daging halal untuk aku, then masak without wine. ché ché! pasal apa diorang terbaik, sbb mmg diorang terbaik. they accept me for who i am and all ok for it. malah, makin kamceng ada la ngan diorang ni.


ps: jgn plak ada mulut jahat kata aku putus cinta plak..

Saturday, March 12, 2011

Shahir blues.

ape kena hari ni pun tak tau la. patutnya hari sabtu keluar la jalan² sikit, amek angin ke ape ke. last² terperap je kat umah duk depan laptop tengok je ape² yg patut. termenung. macam orang takde life. memang, duduk kat france ni memang takda life. university life kat sini bukan macam di malaysia, atau di USA, atau di UK atau kat mana² tempat lain. kurang sangat aktiviti². ni yang tetiba rindu UTP ni.(hambek, sape suroh gatal sangat keluar dulu. kalau tak sekarang ko dah grad, dah ada kerja pun.)

bak kata orang, dah jatuh pastu kena hempap tangga pulak. berat, berat...nak buat mcm mana, mcm tu la hidup. tak boleh lari dari masalah. nak tak nak kena deal jugak la mcm mana pun. dahan yang selalu tempat aku bergayut pulak sekarang tengah rapuh, tunggu masa nak tumbuh balik. takut aku nak sentuh dahan tu, takut nanti di tambah beban, terus patah. jadi kena la tunggu sampai dahan tu mengeras balik. so buat masa sekarang ni, tunggu je la bawah pokok, paling tidak berlindung dari matahari. paling tidak, akar pokok ni masih kuat, masih ada daun² yang redupkan tempat aku duduk. walaupun sememangnya duduk atas dahan pokok tu lagi nyaman, atleast kat bawah pokok ni pun dah memadai. selagi buah masih ada, selagi tu aku nak tunggu rasa hasilnya. paling tidak, aku tahu yang buahnya masih merah dan manis. pokok yang berbuah manis, jangan sekali² di tinggalkan. sayang...

maka hari ni duduk la aku depan laptop tengok detective conan. tengok online je, malas nak download. abeh tu malam semalam dah sibuk tengok movie Kamen Rider. pastu tadi entah mcm mane, terbukak plak video si Shahir af8 tu. pastu abeh aku tengok balik semua persembahan dia dari minggu satu sampai minggu final (thnx to youtube). dulu takde pun aku nak minat dia ni. seingat aku, time tu aku pro Adira. tapi start minggu ke 5 tu, terus mata aku terbukak untuk si Shahir ni. suara memang best, rupa ada, personaliti pon terbaik. nak² lepas final tu, lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan tu aku pusing berapa banyak kali dah. hari ni je dah berapa banyak kali tengok dia nyanyi lagu tu dari macam² versi. versi konsert, ajl, af, showcase, time dengan Siti. semua² lah. bak kata Adlin Aman Ramli, dia punya suara ni nice je aku dengar. dengar dia cakap n tgk muka dia pun macam cool je. aku pun tak tau kenapa. ni ha sekarang dok qada tgk Diariku Shahir..ape nak jadi la

ni show dalam AF8 yang aku paling aku suka dari shahir. muka hensem macam ni, mana la tak si awek² cair...bila tengok dia ni, rasa macam dekat gila. macam kenal pun ada..



ps: hari ni aku isytihar hari Shahir. sabtu minggu lepas hari Kamen Rider...

Sunday, March 6, 2011

Bitter sweet

Missing someone is terrible, but it is a sweet feeling.


semalam rasa macam bosan gila kat rumah. sunyi. masa tu la terkedek² cari telefon nak call orang dan family. mula² call rumah, takde orang angkat. malam sabtu, mesti parents aku keluar kot. jap lagi la call balik. then angkat henfon dan call plak si polan, so gembira la sekejap. hilang kejap sunyi dan rindu. dah pueh bckp, try call balik rumah di mysia. aih, tak angkat lagi? hipotesis aku : KUALA LUMPUR.

memang takde keje dah mak bapak aku ni. sure merantau. mentang² anak² dah sendiri², so bjln honeymoon la plak depa tuh. tekaan mmg tepat, mmg diorang ada kat KL after aku call henfon diorang. tapi diorang kat KL sbb nak antar nenek aku pg hospital. mula mula macam terkejut, sbb sakit ke nenek aku ni. risau menggelabah tak pasal². ye lah, nenek aku tu bukan muda lagi, dah tua. penyakit org tua, tak larat jalan apa semua. so parents aku ngan makcik pakcik aku bawak diorang pg hospital utk buat terapi sikit. nanti kuat la sikit kot nenek aku tu. insya Allah. dah 5 tahun aku tinggal Mysia, tapi tiap² tahun aku balik sbb aku dah janji ngan nenek aku nak balik tiap² tahun jenguk dia. that's y camne² pon aku kena balik jugak. sape tak sayang nenek sndiri? dari kecik dia jaga aku, mau tak sayang...

then malam tu tengah syok tengok balik cerita Nur Kasih, tibe² dapat invitation dari budak² ni keluar lepak. aku pun ape lagi, dah lame tak bergembira, skali skala ape salah plus cuti pon dah nak abes. nanti cuti dah abes, masing² busy, alamat sebulan la tak nampak batang hidung diorang. so hang out with the boys, happy hour sampai kol 4 pagi, then baru balik. gila, kerja gila but i had fun. bak kata Puteri, muda cuma sekali, so kita enjoy!! tapi kan, bila makin ramai orang kiri kanan, makin rindu plak kat orang yang takde kat depan mata.....

tiba² rindu plak kat anak buah. nanti bulan 6 uncle balik ok kids!

Aini and Aqil

Aafiya. uncle tak pernah jumpa lagi. nanti kita jumpa girl!

ps : ibu buat aku jeles lagi. diorang nak serang Labuan ngan Brunei plak minggu depan. aaaaaaaaaaaaaaa!!!!

Tuesday, March 1, 2011

Swan.

this blog used to be fun with photos. so today, let the pics and song do the talking.
ni la namanya orang takde kerja, berjalan² amik angin petang, snap some photos then melalak. cheers.
















ps: bosan.

Sunday, February 27, 2011

A year older


today is my birthday. A year older, alot wiser, and stronger in and out.

Syukur pada Yang Maha Cinta sebab bagi aku peluang untuk hidup selama 23 tahun. 23 tahun jalan meniti kedewasaan. Syukur kerana dapat merasa segala nikmat dunia yang tak kekal ni. Syukur juga kerana masih diberi peluang untuk bernafas, ruang untuk mencintai dan dicintai, untuk disayangi dan menyayangi dan juga ruang untuk aku berbakti pada parents dan family. A zillion thanx to my parents, brothers and sister, bestfriends, friends and lover for all the supports and love. I'm so lucky to have and to be around these great people. OK. enuff with ayat² skema.(tik tok tik tok, U, i'm waiting.........)

dan untuk itu, mari kita makan²! yeah. happy birthday to you guys too cik Ainaa dan encik Kash. lauk itu malam, mari berlaksa penang dan bernasi kerabu. penat memasak tak hilang lagi nih. ^^ and oh, i know u read this, thanx Amir for the Mozart book. informative and cute gile. haha.





ps: my mom called this morning. her first sentence, "happy birthday, HAHA dah tuaa!!!!"
LOL

Thursday, February 24, 2011

My Dad My Hero

I'm not actually really in the mood to blog. A little bit tensed this week. Normal stuffs, u know, school, assignments, life.... But hey, just so you know, i'm still ALIVE ok! i know who i am, and i know where i stand. well, if U ever care lah.( i'm waiting for a 'hi' or 'hey,how are you?'..but didn't get any. poor me T_T ). takpelah, lagipun mr Froggy n mr iPhone ada mlm² utk teman aku tido...mcm la aku x biase kena mcm ni.( ok, i admit i'm not being fair, i'm sorry but sometimes i need to speak up my mind. buat aku rasa lega sket, mcm 100 kg beban hilang dari atas kepala ni. )

tapi ni bukan point utama. entry ni sbnrnye just utk wish HAPPY BIRTHDAY to my dearest ayahanda hari ni, 25 february. so, Happy birthday to you ayah! dah 53 tahun pon ayahanda aku tahun ni. still strong, young and handsome with 3 cute grandchildrens. sure kembang je kan bila bwk cucu jln², org igt diorang tu anak bongsu ayah and ibu. hahah. (seriously, my parents look younger than their real age. petua org jawa mana ntah diorang pakai. aku tak nampak sehelai uban pon kat rambut ayah masa balik ari tu. aku ni pun dah ada sehelai, tapi ada orang tu cari then gatal tgn tlg cabutkan bulan 6 tahun lepas. i miss that moment very much. haha)

mcm biase tak dpt eden nk sambut birthday ayah lg. jauh kat sini, boleh wish je la. nak cheesecake, silalah mintak dengan akak yang tersayang yeh. XD. just so you know ayah, we all love and adore you, our real hero, my very own role model.

kisses n hugs from France, with love..

With ayah n ibu. Picture taken in Paris, 2008. gila kanak² muka aku time nih.

ps to ayah n ibu : sakan eh gi honeymoon kat Kuching aritu....mcm biase olé² akan dituntut. ^^ jom gi Bali or Jakarta july neh? :p

ps : tibe² buat aku terfikir, tahun 1988, mesti aku ni hadiah birthday terbaik dari ibu utk ayah tahun tu.

Tuesday, February 15, 2011

love and sacrifice

you were right in front of my eyes, right under my nose, and everyday i hear your voice but still i miss you. something is missing and i hope it will not last for long. please come back my sweetheart....

last night a thirty something wise man, which is a friend of mine talked to me about love. how should we sacrifice alot of things to make a relationship works. listening to his very own experience, made me realized how shud i not to give up so easily.

the love is there, one thing remain is just for me to hold on and stay put for a lil bit longer. i really hope that, for whatever is worth, whatever i've sacrificed for will be paid off. just so you know, no matter how hard the situation is, i will always got your back. let me in, don't shut me out. because i know u too, have sacrificed alot for what we have together today, and i'm really really grateful for that.

love you, and always will.

ps: salam maulidur rasul for all.

Sunday, February 13, 2011

Tagged by Muhsin

Quick post!

tengah kebosanan melanda, maka melangkahlah aku buat blog walking. jarang sbnrnye aku jalan² blog orang ni, sbb mls. tadi ntah camne ter masuk encik Muhsin punye blog dan perasan yang aku kene tag.

LOL. gile lame tak kne tag, dan aku pon tak terlayan dah benda² tag ni. zaman² kanak² ribena dulu ada la. skrg i dah tak buat keje² tu. tapi ni sbb dah bosan sgt, meh nk buat jugak sekali. atleast setahun sekali, kena la main² camni kan.

tag ni ala² tag contest. rules dia, kena letak gambar aku yang senyum nampak gigi, dan yang tak nampak gigi. aku ni banyak gambar sendiri je, sbb kalau aku bwk kamera, mmg kerja mengamik gambar org, gambar sendiri tak ada. tapi kobek² drive, ada la jugak.

kalau Muhsin bleh buat rules sndiri, maka aku pun nak buat rules sendiri. aku nak letak gambar aku senyum nampak gigi, senyum nampak separuh gigi, senyum tak nampak gigi, then aku tak senyum dan tak nampak gigi. pedulilah korang nak kata aku jual diri atau syok sendiri sebab letak gambar sendiri. dah lama tak buat kejer gila letak muka sendiri kat blog. sekali² nak jadi 18 balik, ape salah. kan? kan? kan?

So here it goes, gambar² perasan aku. senyuman jejaka bak kata Muhsin. ^^ (pg mampos aku tak peduli, korang nak cakap ape cakaplah. blog aku) klik gambar utk kualiti yang lebih baik. tak tau pesal bile upload nampak cam ade kotak².


Gambar senyum - Ini gambar mase study kat Bordeaux dulu. Footballer ni glamer kat france sbb beliau pandai main bola (of course la kan) then handsome. nama encik footballer ni adalah Gourcuff. Pic taken in 2009.


Gambar senyum nampak gigi separuh - dengan cousin(left) dan baby bro(right). malam raya kedua tahun lepas(2010) di McD Batu Pahat after penat mengalahkan kazen² perempuan main bowling. huahaha. gile happy time ni sebab dah 4 tahun raya kat negori org putih.


Gambar senyum tak nampak gigi - kat tepi sungai di Porto masa cuti bulan sepuluh tahun lepas (2010). aku memang senget.


Gambar tak senyum tak nampak gigi - ramai orang kata kalau aku tak senyum, aku nampak garang dan sombong gile. nasiblah. aku memang muka garang. nak buat camne. anak² sedaro den pon takot. ini juga di Porto tahun lepas(2010), depan stadium Dragao. aku takde la minat bola, tapi dah kena paksa rela, i ikut dan relakan je la....

ok itu saje tuan² puan². dan bukan habit aku mengetag orang balik. korang nk buat, buatlah. tanak, takyah. senang cerita. adios amigos!

ps: gigi saya rongak sket seblah kanan, so bnyk shot sebelah kiri. so tak dapat la nak menang gigi terchantek.

Thursday, February 10, 2011

Kau Kekasihku

Bila hidup dah macam lagu Kau Kekasihku, nak buat camne lagi. terima je la keadaan. suka atau tidak, that's how it works babeh.

minggu ni cuaca dah beransur² nak panas balik. encik matahari dah mula menari² kat atas kepala, tak main sorok² dah. encik kaca mata hitam pon dah bising, sbb asik terperap je dalam case dia. well, u shud be happy encik kaca mata, skrg boleh la ko nak usha shades² betina yang dah makin banyak keluar kan. aku pun suka, sebab sekarang dah boleh keluar pakai sweater biase je. tak perlu nak tebal² sangat. aku plak malas nak menyarung jaket then pull pastu marfla lagi. berat tau nak jalan. tapi harapnya minggu depan encik matahari tak main sorok² lagi. biarla terus macam ni sampai summer. aku pun tak sabar nak pakai tshirt kluar rumah. asik berbalut jaket je, tak nampak la nanti six pack aku.

semester baru ni dah dekat sebulan start, so far so good. cuma masalahnya penat tu tak terkira. penat mental. fizikal takde la sangat, sbb jarak faculty dari rumah aku sekangkang monyet je. cuma aku macam tak sure, minat ke tak dengan subjek² tu semua. tengok takde perasaan pon. heartless. nak² subject programmation. dude, aku sumpah tak paham ape ko cakap wahai encik prof! asik dok bagi bahasa bahasa komputer yang pelik² je, camne aku nak faham. dah la otak ni mmg biol bab² komputer. aku la satu satunye bakal engineer(iA) yang tak reti nak main komputer. fesbuk n blogger aku tau la.

kalau aku tak pass tahun ni, tahun depan aku nak cari buat degree lain lah.

semalam tengok criter Around The Bend. bagi aku memang best gile ah! aku asalkan tu criter family drama, memang kipas-susah-mati bak kata majalah Utopia zaman aku skolah dulu. yang bestnya criter ni, takde la aku nak menangis sepanjang masa, ade jugak gelak². yang paling best, restoran KFC yang jadi diorang punya tunjang criter. cam haram! tapi yang paling penting family values yang ada dalam movie ni. basically dia cerita pasal 4 orang lelaki untuk 4 generasi yang berbeza yang cuba nak baik baik semula dengan satu sama lain. more to father and son relationship. dari datuk dia, bapak dia, dia and then anak dia. Josh Lucas pelakon utama, memang menjadi la dia watak untuk sorang bapak pada sorang budak lelaki yang comel gilee yang baru divorce. tengok citer ni terus rasa nak kawin cepat² dan ada anak. well, tak semestinya perlu kawin utk dapat anak kan? adopt pon boleh kot. hubungan ayah dan anak tak semestinya just sebab darah je kan. kalau dia yang raise kita dan sayang kita, dialah ayah kita. yelah zaman sekarang ni, bapak kandung pun rogol anak sendiri. bapak jenis ape camtu..and Jonah Bobo is so fucking cute! call me a pedophily, i don't care. kalau korang ada budak kecik comel², jangan tunjuk kat aku. karang rosak pipi diorang aku kerjakan. HAHA

tulah, tetiba terase nak tulis pasal benda ni. mid-life crisis kot. 17 hari lagi aku nak 23 beb! bayangkan, ttibe ada budak panggil aku 'daddy', i'm sure its the best feeling in the world.....

ps: cepatla ari isnin. tak sabar nak tengok the Walkers nih..

Sunday, January 30, 2011

Tolong rakan² di Mesir sana

aku rase semua org pon tau ape yg berlaku kat mesir skrg. keadaan mmg makin teruk. seram sejuk bila dgr crite² budak² yang ade kat situ.

maybe tak bnyk yang kita boleh tlg, tapi ape yang kita boleh buat doa je la yang terbaik utk rakan² kita kat Mesir sana. ramai jugak kenalan aku kat sana dan honestly aku risau dgn keadaan diorang. kwn² skolah dan junior² yang ade kat situ, stay put. jaga keselamatan masing² ok.

Che Sarida (thank God ur in London rite now. janganla balik mesir dulu), Iswan, Syafiq, dan ade lagi name² yang aku tak sebut, jaga la diri korang baik².

bloggers and readers sekalian, kalau tak dpt nak tolong pun, atleast mintak spread the news. ade satu blog ni yang update pasal keadaan kat Mesir sana.

http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com/

mintak tolong sebar²kan please. walau sikit pun yang kita buat, Tuhan akan balas jasa baik anda semua. amin...

terima kasih pada sapa² yang boleh share ni pada kawan² korang yeah.

Government, please do something. their safety is our asset.

Wednesday, January 26, 2011

Bila harus memilih

kadang-kadang manusia ni tak sedar betapa bertuahnya diorang sampailah satu masa bila kelebihan dan peluang yang ada depan mata hilang. masa tu baru la nak sedar, masa tu lah baru nak menyesal. bila ada peluang dan kelebihan pulak, di sia-siakan. buat-buat tak nampak dan rasa macam benda tu satu burden, yang hakikatnya orang lain gila-gila dambakan benda tu.

aku boleh dikategorikan sebagai seorang yang bertuah. aku ada parents yang memang tak boleh ditukar ganti dengan segunung cheeseburger@berlian pun, adik beradik yang cukup lengkap yakni seorang kakak, seorang abang, seorang adik lelaki, dan seorang adik perempuan (ye, saya anak yang tengah). kenalan dan kawan pulak boleh tahan ramai (kenalan dan kawan dua perkara berbeza ye tuan² puan²). aku pun ada tempat nak mengadu selain parents, dua orang BFF yang know me inside out, yang mana aku anggap dah macam adik² perempuan aku sendiri. dan jugak seorang lover whom i love and who loves me unconditionally, a shoulder to cry on.., walaupun..............Eheh.

dari kecik aku tak pernah rasa hidup susah. walaupun tak semua benda aku nak aku dapat (my father thought me well about being humble and modest, thank you ayah) tapi still hidup aku cukup serba serbi, something yang aku boleh banggakan masa zaman kecik² dulu. aku tak pernah bekerja sendiri untuk cari duit, sebab wang ringgit bukan suatu masalah bagi aku. bila tengok kesusahan orang lain, member² aku sendiri, insaf plak kadang². dari segi pelajaran, aku memang bersyukur, Yang Esa bagi aku rezeki untuk belajar dengan senang dari zaman tadika sampailah belajar kat oversea ni.

entry ni bukan nak menunjuk-nunjuk atau bangga diri, tapi cukup sekadar peringatan untuk diri aku sendiri dan juga pada siapa² yang nak amek manfaat. sebab manusia ni kadang² lalai dengan nikmat yang Tuhan bagi. aku pon boleh la nak masuk kategori lalai tu..sebab selalu je merungut tak tentu fasal. aku ingat lagi masa zaman kecik² dulu, kalau time dinner, ayah suka ingatkan kitorang adik beradik betapa untungnya kita hidup zaman sekarang ni. cara ayah bagi pesanan tu taklah direct, tapi cukup untuk buat aku faham dan buat aku termenung sebelum tidur. ayah n ibu suka cerita pasal betapa susahnya hidup diorang zaman kecik² dulu, kurang serba serbi. diorang bukan dari keluarga senang, hidup susah (menurut cerita makcik aku la, ayah orang pertama kat kampung tu yang masuk universiti. ntah btol ke tak, wallahualam...). cerita pasal baju yang koyak, pakai selipar just pakai selipar yang dikutip tepi laut, duit belanja sekolah yang seposen, kadang² ada kadang² tidak, dan makan bercatu ape semua dan pastu macam² lagi lah. cerita ni berulang kali diorang cerita, tapi aku tak pernah bosan dengar. dari situ aku amik iktibar yang aku bersyukur lahir dalam keluarga ni. nenek aku pun pernah cerita (aku panggil nenek aku atuk), masa ayah aku baby, atuk sampai buaikan ayah sambil² menoreh. aku memang tak boleh bayanglah camne.

aku nak fokus bab study je sekarang, sbb kalau nak fokus bab lain memang tak abeh nak cerita la kot. cerita² ayah ibu tu sebenarnya banyak selamatkan aku dari nak mengalah bab² study ni. kelebihan yang aku ada sekarang, aku ada kemudahan nak belajar dengan scholar dari JPA. dalam beribu orang yang apply utk datang sini, aku terpilih. tapi ada pernah sampai satu masa, aku macam give up. bila pikir² balik, peluang² hebat camni aku tak boleh lepas dan aku tanak menyesal masa akan datang nanti atas kecuaian aku sendiri yang tak tau nak hargai peluang study ni. susah belajar kat france ni oiii! tu lah, kadang² aku tak sedar yang aku ni bertuah. memang, zaman mak bapak kita dulu lain. zaman berubah, gaya pun berubah. tak boleh nak samakan cara hidup orang zaman dulu dan zaman sekarang. tapi prinsip tetap sama. jangan sia²kan peluang yang ada kat depan mata semata² just nak ikut perasaan dan sedap sendiri. selagi aku bernafas, aku cuba jugak buat yang sehabis baik.

tiba² otak terpikir pasal benda ni lepas tengok episod pertama drama Gemilang yang Tiz Zaqyah berlakon tu. ini la gunanya internet, bleh donlot suke² hati. bile tengok ep 1 satu semalam, tu yang teringat balik kat cerita² ayah ibu tu. thanks alot ayah ibu yang berjaya bagi aku satu lesson yang still lagi valid even after 12-13 tahun.

bila harus memilih...pilih dengan akal yang waras, bukan hati semata².

ps : dah 3 hari aku dok qadar kamen rider 000. dah episod 19 pon. seronok tengok sbb kamen rider ni jenis kamen rider gelak² mcm Den-O. tak macam kamen rider Blade yang serius pastu emo. (still, kamen rider Blade best ok). aih, sedaar la sebulan lagi ko nak masuk 23 oooii! anak sedara aku pun tak tengok benda alah ni.

Sunday, January 23, 2011

Dah 8 bulan!

kusangkakan panas sampai ke petang, rupe²nye hujan di tengahari. literally.

just came back from some place cold and its a lot worse at my place. colder! wiken lepas dah start² nak panas, then minggu ni sejuk balik. adeh. aku tak tau either sbb aku kurang amek air 3 hari ni (normally 2 liter wajib air satu hari aku minum) or just sbb skrg cuaca sejuk balik yang buat badan rasa macam panas semacam. aku rasa aku akan demam minggu ni. yeah, first demam for 2011. got myself a can of Perrier then perah setengah biji lemon nak bagi hilang air² dalam hidung ni. dari tadi tak berenti bersin, alhamdulillah teknik perah lemon ni menjadi.

jarang aku nak membebel pasal politik, sbb aku memang tak suke politik. kalau bukak online newspaper, memang tak akan lah klik bab² politik ni. i know, bende ni penting untuk pengetahuan am, but wadehel. kalau setiap kali baca rasa macam nak muntah then rasa annoyed gile, baik tak yah bace btol tak? bukak newspaper ni, yang ini kata pada yang itu, bukak yang ini plak, yang itu kata yang ini. at the end, kite sebagai readers ni memang tak tau sape betul sape salah. yang diorang ni plak, tau nak menghentam sesame sendiri je. c'mon la, kalau dah melayu same melayu bergaduh, then fitnah same memfitnah apatah lagi diorang sesame muslim, ape nak jadi? camne nak bersatu kalau satu bangsa satu agama pon nak bergaduh². bile nak maju pon tak tau lah. kesudahannye, masing² dapat dosa, masing² dapat bala. kalau tanye kat diorang² ni, bukannye tak tau hukum fitnah ni ape. tapi masing² bile bercakap amboih tanak kalah. yang peliknya sampai sanggup tabur fitnah yang bukan² semata² nak dapat kuasa kat dunia. suratkhabar pon satu, bias.

ade baiknya student² kita dihantar ke luar negara untuk belajar. ktorang kat sini bukan belajar academically je, tapi jugak belajar cara hidup diorang untuk luaskan lagi mata. kat sini misalnye, aku tak pernah plak baca ape² pasal party ni fitnah party tu yang itu fitnah yang ini. aku mengaku aku bukanla pembaca suratkhabar french yang tegar, tapi still aku bleh nampak cara diorang main politik. takde la kotor, tak pernah plak aku terbace yang orang itu kata yang ini. dan jarang skali (tak pernah kot) aku dengar pasal pemimpin party ni bercakap pasal personal life party yang lain. ape yang aku nampak, diorang main politik secara clean. kalau time pilihanraya pon, diorang memang betul² focus dengan kepercayaan party masing². media massa, cetak atau elektronik, tak pernah nampak bias dengan mane² party. masing² di beri peluang sama rata, dan tak berlaku pon stesen tv ni pro party itu atau ini. sama² buruk, sama² cantik.

bile bercakap pasal demokrasi plak, negara kita ni name je negara demokrasi. bukan nak menghentam tanah air sendiri, tapi itu la hakikatnya. di TV atau paper kat sini, kalau tak puas hati dengan kerajaan atau ape² party, rakyat selambe je boleh hentam presiden. diorang hentam secara sinis dan sopan, tapi memang tup tepat kene kat batang hidung orang tu. takde pon orang nak bising², takde pon orang tu kene jail or ISA ke ape ke. bagi diorang, kalau dah pemimpin tu salah, kite tegur. tak semestinya jadi pemimpin kita selalu betul. sbb tu la kat france ni memang selalu je ade strike, dan diorang ni memang tak pernah takut pon akan kena pecat dengan majikan sebab tak akan punye. diorang suarakan pendapat dan hak diorang secara demokrasi. rakyat punye suara, dan pemimpin kena dengar jugak. kalau kat tanah air, jangan lah harap. baru cakap sikit, tegur sikit, dah kene tangkap. lepas tu kalau keje kat company ni, tak boleh nak join event certain² party sbb company ni pro party lain. adoih. dunia²...

enough with the politics. saje nak luahkan pendapat sbb aku ni kadang² nampak macam tak ambik pusing pasal politic. i do, but in my own way.

itu je la kot yang nak dibebelkan hari ni. kurang mood nak membebel tapi bile dah terbukak dan tertulis, laju je jari ni nak menaip. agaknya dah matang kot kepale otak hambe ni. umur nak masuk 23 pon lagi sbulan. duh.

ps: kamen rider 000 ni macam ala² lawak je. ntah bleh ke tak lawan dengan kamen rider Den-O punye humor.

Tuesday, January 18, 2011

Life As We Know It

Mari mari abg kakak mari mari saya nak bercerita.

Dol, aku xde cerite. sumpah.

ok. dah masuk tahun baru pon, dan sekarang aku dah masuk semester 6 utk degree tahun ni. bile pikir² balik macam malas dah nak continue master tahun depan (tu pon kalau final year ni lulus dgn cemerlang..kalau x memang terpakse bertapa lagi setahun la kat sini). tapi ape nak buat, contract dengan JPA dah kata camtu. lagi pun dah tanggungjawab aku nak kena abeskan study. ibu ayah dah buat sehabes yang baek untuk anak² diorang, so aku pon sebagai anak yang manja lagi baek takde ape lagi yang aku boleh balas selain dari kasih sayang muah² aku dan jugak sukses dalam study. what else can we give to our parents? its now or never sayang...(bkorban perasaan dan cita² katanye...but wadehel. parents tu lagi bkorban lebih kot. cume kadang² kite je tak tau dan tak nampak atau saje² buat buta tak nampak)

aku sbnrnye agak cuak, sebab bile tengok subjek² yang ade kat semester 6 ni, sume banyak sangat bende yang aku x minat. pastu ade plak subjek yang boleh pilih, tu pon sume bnde yang aku x brape minat. memandangkan semua tu aku macam so-so je, jadi kene la pilih yang mane agak² aku boleh score kot. mechatronics dengan elasticity, mane satu idaman kalbu? ceh. kalau ikut hati memang nak humban je mechtronics and energy tuh, let it be just materials n elasticity. pastu bile prof buat briefing pasal subjek² tu aritu, tibe² trase tanak plak amek elasticity sbb banyak sangat mechanics dlam tuh. ye, aku mmg sucks gile bab² mechanics ni. walopon aku benci kat electric dan electronic serta cucu cicit diorang, aku terpakse gak amek mechatronic sbb biase bnde² ni aku bleh score even tho setiap kali masuk lecture rase mcm nak muntah menengoknye.

takpelah. kite tengok je camne nanti. since minggu ni minggu first sem 6 final ni, tak boleh aku nak ngomen panjang berjela. yang aku tau, kelas dynamic in mechanics smlm sucks, dan kelas programming n data base pagi tadi cam haram bosan even prof baek gile. tak boleh nak salahkan diorang gak. antara aku yang tak minat, atau aku bosan. kemungkinan tu memang sangat besar utk org yang otak artistik macam aku neh. camne lah bleh terjerumus dalam lembah kejuruteraan ni pon tak tau lah. genetic kot..

pastu aku ni pun satu hal. suke sangat berlagak takde ape². ada masalah pon muke selamba. itulah kualiti aku yang terbaik punye. pastu mula la nnti bile dah dok sorang jadi mcm org gila buat kerja ntah ape². tapi, janganlah kacau aku kalau tengah lapar atau penat kang tak pasal² kene fire aboogen. dan sebab aku jarang marah, bile aku skali termarah atau termerajuk, hoh janganlah berangan aku nak pandang muke engkau. tapi ubatnye senang je. rahsia. org² tertentu je yang tau. sebab bile dengan org yang tertentu ni je la aku jadi ape aku yang sebenarnye, bukan macam yang korang selalu tengok aku hari². so janganla nak menyesal, dah terlambat ok.

aku pun perasan satu bende sekarang. aku ni dah la kurus, pastu makan plak macam kurang. tengahari jarang bebenor makan. faktor malas satu, faktor buat² bizi pon satu. aku just amek dinner. tu pon kalau rajin baru makan nasik. kalau tak, salad n sosej je yang aku ratah. dah ting tong agaknye kot. tapi takpe, paling tidak perut i tak buncit u oolls! masalah jugak bile kurus sangat, sbb nanti nak beli baju nampak tak smart bile pakai. nantilah bile dah start panas sket bleh aku naikkan lagi selera makan aku.

kan, aku dah mengarut? kalau entry ni bleh dimetaforakan sebagai satu jalan, mesti dah sesat korang ntah kemane² je pergi. tibe² teringat kat sorang budak laki ni mase dinner aritu.


comelkan? aku rase macam nak picit² je budak neh. dah la baek, comel plak tuh. dapat gak main² n peluk dia arituh. budak ni mmg curi attention sume org kat situ time tu. sape la mak bapak beliau neh. tibe² naluri kebapaan aku terserlah.

ps: tibe² ade bau tom yam dalam imaginasi aku..

Wednesday, January 12, 2011

Song For A Friend

Things are a wee bit rough rite now. I know, we know, they know. Don't loose ur head yet. Special song for you and me. I dont know wether u've heard this before but please try to listen for atleast once ok.


Well you're magic he said
But don't let it all go to your head
Well I bet if you all had it all figured out
Then you'd never get out of bed
No doubt
All the thing's that I've read what he wrote me
Is now sounding like the man I was hoping
To be
Keep on keeping it real
Cause it keeps getting easier indeed
He's the reason that I'm laughing
Even if there's no one else
He said, you've got to love yourself

You say, you shouldn't mumble when you speak
But keep your tongue up in your cheek
And if you stumble on to
You better remember that it's humble that you seek
You got all the skill you need,
Individuality
You got something
Call it gumption
Call it anything you want
Because when you play the fool now
You're only fooling everyone else
You're learning to love yourself

Yes you are

There's no price to pay
When you give and what you take,
That's why it's easy to thank you
You...

Let's say take a break from the day
And get back to the old garage
Because life's too short anyway
But at least it's better then average
As long as you got me
And I got you
You know we'll got a lot to go around
I'll be your friend
Your other brother
Another love to come and comfort you
And I'll keep reminding
If it's the only thing I ever do
I will always love
I will always love you
Yes you
I will always, always, always, always love
I will always, always love
I will always, always love, love

Climb up over the top.
Survey the state of the soul.
You've got to find out for yourself whether or not you're truly trying.
Why not give it a shot?
Shake it. Take control and inevitably wind up
Find out for yourself all the strengths you have inside of you.



ps : no one can help me. only me can help me. no one can help you. only you can help you. Je te tiens jusqu'à l'infini.

Thursday, January 6, 2011

Just A Dream

baru habes cuti dan dah mula pun start kelas balik this week. dengan ade lagi 2 paper next week, aku pon tak tau bile nk abes seksa pereksa ni. tak abeh² dari sebelum cuti aritu lagi. bile nak cuti pon x senang, eventho i can say my holiday was quite good. but something was missing. rasa dia mcm bile ko masak something, bende tu still best, tapi macam ade skit kurang garam atau gule yang mencacatkan sket rasa masakan tu. tp aku ulang balik, masakan tu still best.

now i'm back online.

ade bnyk bnde nk ckp sbnrnye. tapi rase mcm malas plak. baik pendam je. mslh aku pon, mcm la ade orang kesah. bile aku offline aritu, takde la maksudnye aku off terus dari internet, tapi mcm nk stop blogging kejap. rase mcm berat gile tangan nk menulis. mase tu otak tengah serabut. angin kus kus datang serang. skrg rasenye mcm angin tu dah takde, lega sikit kepala. tambah² plak bile dah tengok jadual kelas utk semester baru ni, mcm cool jugak la. takde nak pack sgt, and bnyk long wiken. something i look forward to.

ok, bagi la aku can sket nk bjiwang utk first entry di tahun baru ni. XD

sbnrnye, ade azam tanak tulis bnde shewang² utk first entry, atau nk kurangkan sikit, tapi takpelah. kalau sebelum ni ade orang mcm bernafas dalam lumpur, aku plak sesak nafas sbb mcm bernafas dalam bilik yang dah kurang oksigen. sesak, sebak sume ade. meh sini sket nak ckp pasal tahun baru

‎2010 - new me and new found love.
2011 - another new me but still the same love.
HAPPY NEW YEAR!
see you next year love! can't wait to start schooling again and have the same routine, every morning every night like it was before.
life without you is not as easy as i thought.


this is what i wrote on my fb status masa mlm new year. mase tu tengah serabut sket, maka kepala mcm biol² tak betul tulis bnde² tu. bukan nk ckp aku x maksudkan bnde yg aku tulis tu, tp sebaliknya. aku ni, bile kepale dah tak betul, mcm orang isap weed, sume bnde main terabur je ckp. but i really² miss n love you tho.

sejak dua tiga menjak ni asek dengan lagu ni je. originally from Nelly, tapi bile si Christina comel ngan Sam Tsui mulut besar ni buat cover balik, lagi best lagu ni jadik. tambah plak dengan muzik n video yang best dari Kurt Schneider, brtmbh terbaek punye lah lagu ni.

nah, for you..hope to see you soon..



ps: ibu ayah akak abang yang pi Vietnam tu, jangan lupe bwk balik olé-olé utk saya anak yang paling manja ni.