kadang-kadang manusia ni tak sedar betapa bertuahnya diorang sampailah satu masa bila kelebihan dan peluang yang ada depan mata hilang. masa tu baru la nak sedar, masa tu lah baru nak menyesal. bila ada peluang dan kelebihan pulak, di sia-siakan. buat-buat tak nampak dan rasa macam benda tu satu burden, yang hakikatnya orang lain gila-gila dambakan benda tu.
aku boleh dikategorikan sebagai seorang yang bertuah. aku ada parents yang memang tak boleh ditukar ganti dengan segunung cheeseburger@berlian pun, adik beradik yang cukup lengkap yakni seorang kakak, seorang abang, seorang adik lelaki, dan seorang adik perempuan (ye, saya anak yang tengah). kenalan dan kawan pulak boleh tahan ramai (kenalan dan kawan dua perkara berbeza ye tuan² puan²). aku pun ada tempat nak mengadu selain parents, dua orang BFF yang know me inside out, yang mana aku anggap dah macam adik² perempuan aku sendiri. dan jugak seorang lover whom i love and who loves me unconditionally, a shoulder to cry on.., walaupun..............Eheh.
dari kecik aku tak pernah rasa hidup susah. walaupun tak semua benda aku nak aku dapat (my father thought me well about being humble and modest, thank you ayah) tapi still hidup aku cukup serba serbi, something yang aku boleh banggakan masa zaman kecik² dulu. aku tak pernah bekerja sendiri untuk cari duit, sebab wang ringgit bukan suatu masalah bagi aku. bila tengok kesusahan orang lain, member² aku sendiri, insaf plak kadang². dari segi pelajaran, aku memang bersyukur, Yang Esa bagi aku rezeki untuk belajar dengan senang dari zaman tadika sampailah belajar kat oversea ni.
entry ni bukan nak menunjuk-nunjuk atau bangga diri, tapi cukup sekadar peringatan untuk diri aku sendiri dan juga pada siapa² yang nak amek manfaat. sebab manusia ni kadang² lalai dengan nikmat yang Tuhan bagi. aku pon boleh la nak masuk kategori lalai tu..sebab selalu je merungut tak tentu fasal. aku ingat lagi masa zaman kecik² dulu, kalau time dinner, ayah suka ingatkan kitorang adik beradik betapa untungnya kita hidup zaman sekarang ni. cara ayah bagi pesanan tu taklah direct, tapi cukup untuk buat aku faham dan buat aku termenung sebelum tidur. ayah n ibu suka cerita pasal betapa susahnya hidup diorang zaman kecik² dulu, kurang serba serbi. diorang bukan dari keluarga senang, hidup susah (menurut cerita makcik aku la, ayah orang pertama kat kampung tu yang masuk universiti. ntah btol ke tak, wallahualam...). cerita pasal baju yang koyak, pakai selipar just pakai selipar yang dikutip tepi laut, duit belanja sekolah yang seposen, kadang² ada kadang² tidak, dan makan bercatu ape semua dan pastu macam² lagi lah. cerita ni berulang kali diorang cerita, tapi aku tak pernah bosan dengar. dari situ aku amik iktibar yang aku bersyukur lahir dalam keluarga ni. nenek aku pun pernah cerita (aku panggil nenek aku atuk), masa ayah aku baby, atuk sampai buaikan ayah sambil² menoreh. aku memang tak boleh bayanglah camne.
aku nak fokus bab study je sekarang, sbb kalau nak fokus bab lain memang tak abeh nak cerita la kot. cerita² ayah ibu tu sebenarnya banyak selamatkan aku dari nak mengalah bab² study ni. kelebihan yang aku ada sekarang, aku ada kemudahan nak belajar dengan scholar dari JPA. dalam beribu orang yang apply utk datang sini, aku terpilih. tapi ada pernah sampai satu masa, aku macam give up. bila pikir² balik, peluang² hebat camni aku tak boleh lepas dan aku tanak menyesal masa akan datang nanti atas kecuaian aku sendiri yang tak tau nak hargai peluang study ni. susah belajar kat france ni oiii! tu lah, kadang² aku tak sedar yang aku ni bertuah. memang, zaman mak bapak kita dulu lain. zaman berubah, gaya pun berubah. tak boleh nak samakan cara hidup orang zaman dulu dan zaman sekarang. tapi prinsip tetap sama. jangan sia²kan peluang yang ada kat depan mata semata² just nak ikut perasaan dan sedap sendiri. selagi aku bernafas, aku cuba jugak buat yang sehabis baik.
tiba² otak terpikir pasal benda ni lepas tengok episod pertama drama Gemilang yang Tiz Zaqyah berlakon tu. ini la gunanya internet, bleh donlot suke² hati. bile tengok ep 1 satu semalam, tu yang teringat balik kat cerita² ayah ibu tu. thanks alot ayah ibu yang berjaya bagi aku satu lesson yang still lagi valid even after 12-13 tahun.
bila harus memilih...pilih dengan akal yang waras, bukan hati semata².
ps : dah 3 hari aku dok qadar kamen rider 000. dah episod 19 pon. seronok tengok sbb kamen rider ni jenis kamen rider gelak² mcm Den-O. tak macam kamen rider Blade yang serius pastu emo. (still, kamen rider Blade best ok). aih, sedaar la sebulan lagi ko nak masuk 23 oooii! anak sedara aku pun tak tengok benda alah ni.
1 comment:
kalau tunjuk kat aini confirm takut kat kamen rider tu..... Relly Love your entry this time... ( remind me also the old days ago) huhuhuhu
Post a Comment