ape kena hari ni pun tak tau la. patutnya hari sabtu keluar la jalan² sikit, amek angin ke ape ke. last² terperap je kat umah duk depan laptop tengok je ape² yg patut. termenung. macam orang takde life. memang, duduk kat france ni memang takda life. university life kat sini bukan macam di malaysia, atau di USA, atau di UK atau kat mana² tempat lain. kurang sangat aktiviti². ni yang tetiba rindu UTP ni.(hambek, sape suroh gatal sangat keluar dulu. kalau tak sekarang ko dah grad, dah ada kerja pun.)
bak kata orang, dah jatuh pastu kena hempap tangga pulak. berat, berat...nak buat mcm mana, mcm tu la hidup. tak boleh lari dari masalah. nak tak nak kena deal jugak la mcm mana pun. dahan yang selalu tempat aku bergayut pulak sekarang tengah rapuh, tunggu masa nak tumbuh balik. takut aku nak sentuh dahan tu, takut nanti di tambah beban, terus patah. jadi kena la tunggu sampai dahan tu mengeras balik. so buat masa sekarang ni, tunggu je la bawah pokok, paling tidak berlindung dari matahari. paling tidak, akar pokok ni masih kuat, masih ada daun² yang redupkan tempat aku duduk. walaupun sememangnya duduk atas dahan pokok tu lagi nyaman, atleast kat bawah pokok ni pun dah memadai. selagi buah masih ada, selagi tu aku nak tunggu rasa hasilnya. paling tidak, aku tahu yang buahnya masih merah dan manis. pokok yang berbuah manis, jangan sekali² di tinggalkan. sayang...
maka hari ni duduk la aku depan laptop tengok detective conan. tengok online je, malas nak download. abeh tu malam semalam dah sibuk tengok movie Kamen Rider. pastu tadi entah mcm mane, terbukak plak video si Shahir af8 tu. pastu abeh aku tengok balik semua persembahan dia dari minggu satu sampai minggu final (thnx to youtube). dulu takde pun aku nak minat dia ni. seingat aku, time tu aku pro Adira. tapi start minggu ke 5 tu, terus mata aku terbukak untuk si Shahir ni. suara memang best, rupa ada, personaliti pon terbaik. nak² lepas final tu, lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan tu aku pusing berapa banyak kali dah. hari ni je dah berapa banyak kali tengok dia nyanyi lagu tu dari macam² versi. versi konsert, ajl, af, showcase, time dengan Siti. semua² lah. bak kata Adlin Aman Ramli, dia punya suara ni nice je aku dengar. dengar dia cakap n tgk muka dia pun macam cool je. aku pun tak tau kenapa. ni ha sekarang dok qada tgk Diariku Shahir..ape nak jadi la
ni show dalam AF8 yang aku paling aku suka dari shahir. muka hensem macam ni, mana la tak si awek² cair...bila tengok dia ni, rasa macam dekat gila. macam kenal pun ada..
ps: hari ni aku isytihar hari Shahir. sabtu minggu lepas hari Kamen Rider...
1 comment:
apa da jadi~~~
Post a Comment