Saturday, November 20, 2010

Ambition

masa kecik² dulu, korang mesti penah isi borang atau apa² yang tanya pasal nama korang, alamat, hobi dan cita² kan? tak kesah la itu borang untuk dapat kawan baru, atau sekadar biografi korang yang cikgu cikgi skolah suruh isi untuk lihat ape potensi yang ada dalam diri korang masa tu. tapi yang paling menarik perhatian aku ruang kosong bila bertanya pasal cita². aku sure, cita² korang mesti selalu berubah², dari zaman tadika sehingga la zaman sekolah rendah. aku tau sbb aku pon penah jadi budak hingusan jugak, asik bertukar² cita je bile nak isi borang tu.

aku selalu tukar² cita² aku. masa umur 6 tahun lain, darjah 3 lain, dan darjah 6 pon lain. tingkatan 3 pon lain! sume sebab gara² kita masih kecil, masih tercari² arah dan nak ikut orang. mana mak bapak kita cakap elok, yang tu la kite ikut. selalu kite disogok dengan profesion² yang baik², yang pada pandangan mata masyarakat menjanjikan gaji yang lumayan, boleh pakai kereta besar², rumah mewah². masa aku umur 6 tahun, aku ingat lagi, aku letak nak jadi pensyarah sebagai cita² aku. padahal mase tu, no idea at all, ape bende tu pensyarah. aku cuma rasa perkataan 'pensyarah' tu sendiri sangat cool.

lepas tu darjah satu, aku mula kenal dunia. then mula bertukar² cita², dari nak jadi peguam kepada doktor, lepas tu saintis/pensyarah. yelah, mase tu tengok budak² darjah empat bawak buku sains, rase cool pulak bende tu, padahal bukan senang nak belajar bende tu. kemudian dah besar sikit, mula kenal dunia, dan mula kenal ape profesion bapak aku, aku mula slow² letak nak jadi engineer. tapi biase aku akan letak, engineer atau pon doktor.

naik tingkatan 4, mula belajar biologi. minat tu datang sebab aku sangat tertarik dengan subjek tu. sapa tak teruja, bile belajar pasal anatomi badan manusia, dengan sistem pembiakan manusia(buku text form 3 ^^). cita² aku kembali jadi nak jadi doktor. tapi at the same time, aku develop satu minat yang lain yang aku pendam. aku nampak talent aku dalam bidang tu. after trial spm, aku apply UTP untuk januari intake, nak jadi engineer kononnya. mase tu takde la minat sangat, sekadar nak cuba nasib. alhamdulillah aku accepted. merasa jugak jadi pelajar UTP satu sem.

lepas result SPM keluar, borang JPA ada kat tangan. medic ke? engineering ke? aku masih ingat, aku cuma ade 4 jam je untuk fikir, matter of life and death. sebab malam tu aku kne naik bas balik UTP semula. hampeh UTP tak bagi cuti untuk lama untuk amik result SPM. cewah. last² aku tick engineering, dan 4 tahun setengah kemudian, kat sini la aku, 'gembira' belajar engineering kat negara encik Eiffel nih. the only reason aku tak apply medic, well, sorry aku tak boleh tengok darah dan bende² organ manusia potong² nih. ngeri lah.

secara jujur la aku cakap, aku tak minat sangat engineering ni. sekarang umur dah nak masuk 23 kot dalam 3 bulan lagi. aku dah boleh fikir dan nampak future aku. aku memang tak minat, tapi aku x menyesal pon. because from where i stand right now, aku tak akan dapat ape yang aku ada sekarang kalau aku tak apply engineering France ni.

cuma kadang² aku rasa, aku macam someone else bila belajar engineering ni. i'm not that happy having machines and wires in my hands. pernah sekali akal luar waras aku cakap, aku nak give up engineering ni dan study something that i love. masalahnya dengan rakyat malaysia ni, cara berfikir masih macam dulu. korang akan dipuja dan disanjung kalau jadi ahli professional macam doktor lawyer atau engineer (to name afew), tapi kalau korang jadi tukang masak, musician atau actor, orang just akan cakap, 'oh..'. if u know what i mean. someone told me, engineering is not his thing and he prefer doing something more like litterature or law,..or acting. tapi masalahnya cuma satu, the exact same reason i have to 'accept' engineering - family. tak sampai hati nak hancurkan harapan parents and family. takkan nak orang bercakap², 'SPM stret A, tapi last² jadi ?pelakon/penyanyi/musician?'

you know what i really want to do? aku sangat² nak jadi musician. music is my passion. i wanna be a composer, an artist or a singer. tp tulah, pandangan masyarakat kan? aku tanak family aku tanggung kata² orang tu hanya kerana aku sorang. because when u take ur passion as ur job, u'll be happy and will take it as a game. something u really² love to do, tapi at the same time duit masuk. masalahnya, berapa ramai sangat la musician yang survive. sangat² perlu untuk jadi yang terbaik, dan a lil bit luck.

sebab tu aku sangat salut dengan mentality orang barat. jadilah ape yang ko nak jadi. even ur parents are doctors, u can be a musician if u want to. terlalu banyak peluang untuk dapatkan scholar dan tempat belajar utk bidang tu. aku sekadar bagi contoh je, takde la music semata². litterature, acting, cooking..u name it all. as long as u contribute something to the society, dan tak pecah rumah orang atau jual dadah, its ok then.

tulah, cita² aku. drop engineering, go for music.

but simply, i just can't.



ps : this entry was inspired after my frens and i watched 3 Idiots. it was my second time watching this great movie, it really has a good message. after class this morning, we went out for lunch at KFC, then shopping a lil bit, went to saloon to cut hairs(not mine, them of course), after that went to mr I's place and watched the movie. later we went downstairs for dinner at a kebab restaurant, then here i am, home. it was a great outing. but something was missing. every second of it i can only think of one thing - you.

8 comments:

Anonymous said...

smmgnyer harapan family itu agak berat(dlm erti kata laen membebankan but ikt yg judge).. but x slh if law nk ambik 2 profesion dlm 1 mse.. mean like sudirman die lah lawyer die lah artis.. see ..

Mr A said...

true, tapi kne tunggu lagi la nampak gaya....thnx nway! XD

Anonymous said...

biase lh adat lh.. but if brani blh jew tgh stdy awk nk join musician.. welcome..

Anonymous said...

degree is important for future. you can be both if you have the degree right?

akak said...

lupe pulak.. 3 idiots is a marvelous story wooo.. sakit perut tak ingat punyalah

piqa said...

tiba2 tergerak nak terbaca ur blog.. coincidence betul at times like this terbaca pasal ni. at least ayen best la that this choice of yours make u enjoy ur life. for this past 2 years (waktu 1st n 2nd year tak terasa sgt.huhu), always teringat balik how did i ever come to this point. mcm dah salah pilih.. tp proceed je.. i do can imagine myself in the future years, but well.. me which is not me..

Mr A said...

dont regret piqa. it was ur ambition to become one rite? XD

still got a few more years to finish, then u'll be free.

piqa said...

got another one year n a half till i get the tittle, then my whole life in that tittle. sangat doa jadi doctor tu mmg BESSSTTT~

k lah. best wishes..