Friday, October 22, 2010

Supernatural

finally, sampai pon cuti pertama aku utk sem ni. lepas 4 jam memecahkan kepala untuk practical work Maintenance dlm lab computer tadi, aku boleh keluar dengan muke tersengih² macam kerang busuk. (ekceli kerang busuk ke, tak busuk ke, cara diorang sengih sama je..) hari ni even tho sejuk, tapi ade satu perasaan semangat nak cuti. macam tetibe gitu. maybe sebab aku dah tak tahan nak rilekkan kepala kot, tu pasal semacam je.

dengan orang french bangang ni buat strike tak abes², tram dan bus pon tak normal, aku gagahkan la jugak diri redah udara sejuk petang tadi utk pg print tiket cuti aku. merasa jugak la aku tunggu setengah jam tram yang tak sampai² untuk balik rumah sbb ade diorang buat tunjuk perasaan secara aman kat bandar. tapi takpe, demi cuti tercinta, ku sanggup lakukan ape saje. cewah!!

aku rase macam dah bnyk kali cakap, cuti ni aku nak gi Porto di Portugal. aku pergi berteman, sbb aku bukannye berani nak pg sorang². mlm esok flight ktorang dari Paris pergi Porto, then selasa balik Strasbourg through Baden-baden di Germany. tak jauh pon, sejam je naik airport shuttle. lepak kejap kat tmpt aku 2 hari, khamis pagi ktorang ciao balik kampung no 2 aku, Bordeaux utk lepak situ. kat situ nnti lepak kat istana si Jenggo ni. yelah, queen and the kids takde kat umah, king pon amik takhta la. tapi satu mlm stay kat umah Bib, sbb nk lepas rindu kat Bordeaux.

sekarang beg dah kemas ape sume. rumah pon dah siap bersih (kot?). tinggal nak gerak je esok. harapannye takde masalah la insyaAllah. tiba-tiba macam ade satu kuasa supernatural plak rasuk aku malam ni.



pada member² seangkatan kat France, selamat cuti-cuti! mr Froggy tolong jaga rumah ok!

ps/: might wanna go back to Colmar also...

No comments: