Monday, October 18, 2010

botak chin!

dah pukul seblas suku mlm. kalau ikutkan ni waktu tidur aku yang paling sesuai memandangkan esok kelas kol Fluid Mechanic kol 8 pagi. tapi tak terasa plak ngantuk macam dua ploh minit lepas. kalau tau tadi, dah agak² nk terlelap tu terus tido je. tak yah tangguh² nak mandi lah, kemas buku ape lah. kan tak pasal² dah susah nak tido. dah la aku ni spesies yang susah nak terlelap. kene goyang² sket baru la gelap dunia..

sekarang pokok pokok depan umah pon dah mula botak. autumn dah datang, maka slow² la sejuk pon nak tunjukkan diri. yang tak bestnye sminggu ni asik gloomy, maka takde fungsi la DSLR aku nak amek gmbr autumn kat sini. tunggu encik matahari keluar dulu, baru ade feel nak snappy² kot. masalahnya bile sejuk ni, aku jadi malas nak keluar, dan potensi nak membesarkan diri pon jadi makin besar la. dah la pagi² nk gi kelas kene jalan 8 minit. dengan sejuknye, hidung berair plus nak kne pakai baju tebal², menambah²kan lagi kedebabpan kemalasan aku nak gi sekolah.

tapi aku kuatkan jugak semangat nak pegi sbb bukan suke suki je aku g blajar jauh² kat sini. aku datang dengan harapan dan mahu pulang dengan kejayaan( tak rasa macam ni moto skolah ke?) cehh..aku memang datang dengan harapan, tapi bukan harapan aku sorang². aku bwk skali harapan orang² tersayang. bukan tak pernah rasa give up, rasanya dah berjuta kali kot. walaupon bdn letih n otak pon dah jammed kadang², aku tetap nak terus bergerak, walau kene merangkak sekali pon.

aku tau bukan aku sorang yang pikir camni, dan tak adil la aku nak suruh diorang pikir macam ape yang aku pikir. cuma atleast, carilah motivasi yang sekelumit tu, untuk terus bergerak, kalau terpaksa bertatih sekali pun.

dan untuk itu, saya nak tido.

ps: tunggu masa minggu depan je nak reward myself dengan holiday di Portugal. kita hooray² sama² kayh.

No comments: