The man who said "I'd rather be lucky than good" saw deeply into life. People are afraid to face how great a part of life is dependent on luck. It's scary to think so much is out of one's control. There are moments in a match when the ball hits the top of the net, and for a split second, it can either go forward or fall back. With a little luck, it goes forward, and you win. Or maybe it doesn't, and you lose.
Sunday, May 18, 2008
the POWER of Music
Alunan lembut didapati boleh kawal kesakitan
NEW YORK: Mendengar muzik selama setengah jam setiap hari dapat mengurangkan tekanan darah anda, kata satu kajian yang dilaporkan pada mesyuarat Persatuan Hipertensi Amerika Syarikat di New Orleans.
Dalam kajian itu, penyelidik mendapati mereka yang memiliki tekanan darah tinggi tidak serius yang mendengar muzik klasik, Celtic atau India selama 30 minit setiap hari dalam masa sebulan boleh mengurangkan tekanan darah mereka.
"Mendengar muzik adalah melembutkan dan sering dikaitkan dengan mengawal kesakitan pesakit atau kebimbangan dan berupaya mengurangkan tekanan darah," kata penyelidik kajian, Dr Pietro A Modesti dari Universiti Florence, Itali dalam kenyataan bertulis ketika mesyuarat berkenaan.
"Tetapi buat pertama kali, keputusan hari ini jelas menunjukkan kesan mendengar muzik harian terhadap ambulatori tekanan darah."
Ambulatori tekanan darah merujuk kepada bacaan yang diambil berulang kali dalam masa sehari.
Sejumlah 48 orang dewasa berusia 45 hingga 70 tahun diberikan ubat mengawal tekanan darah tinggi mereka yang tidak serius sepanjang menyertai kajian berkenaan.
Daripada jumlah berkenaan, 28 mendengar muzik selama setengah jam membabitkan muzik klasik, Celtik atau raga sehari selain mengamalkan senaman pernafasan terkawal secara perlahan.
Seramai 20 yang lain dalam kumpulan kawalan tidak menunjukkan perubahan dalam rutin harian mereka.
Bacaan tekanan darah yang diambil seminggu dan empat minggu selepas itu menunjukkan tekanan darah paling tinggi menurun di kalangan pendengar muzik, berbeza dengan kumpulan satu lagi yang hanya menunjukkan sedikit atau langsung tiada perubahan dalam tekanan darah mereka.
"Kami gembira dengan kesan positif terhadap pesakit dan doktor yang kini boleh menjadikan mendengar muzik sebagai selamat, berkesan dan rawatan bukan pilihan farmakologi atau satu terapi khas," kata Modesti.
"Tetapi menyedihkan ketika negara memfokuskan kepada pencegahan, diramalkan seramai 56 bilion orang di seluruh dunia akan menghidapi tekanan darah tinggi menjelang 2025," katanya. � Reuters
p/s: aku kne suggest bnde ni kat ibu aku neyh....hmmmmmm. thats the power of music, gift from Allah to His servants.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
kalu aku. boriing atau tensen..
aku pasang lagu kuat2 gune speaker extension. baru kaw2
ngan kite2 skali nyanyi. gile best!
uish..kalo aku lame dah pecoh paler...gagaga
waaa... xsangka music boleh jadi ubat... teringat ilmuwan islam yg kaji about music... mungkin betul gak tu... aku setuju...
hmm..ca me fait penser a ca aussi...huee.. aku pon stuju
Post a Comment