Sunday, January 30, 2011

Tolong rakan² di Mesir sana

aku rase semua org pon tau ape yg berlaku kat mesir skrg. keadaan mmg makin teruk. seram sejuk bila dgr crite² budak² yang ade kat situ.

maybe tak bnyk yang kita boleh tlg, tapi ape yang kita boleh buat doa je la yang terbaik utk rakan² kita kat Mesir sana. ramai jugak kenalan aku kat sana dan honestly aku risau dgn keadaan diorang. kwn² skolah dan junior² yang ade kat situ, stay put. jaga keselamatan masing² ok.

Che Sarida (thank God ur in London rite now. janganla balik mesir dulu), Iswan, Syafiq, dan ade lagi name² yang aku tak sebut, jaga la diri korang baik².

bloggers and readers sekalian, kalau tak dpt nak tolong pun, atleast mintak spread the news. ade satu blog ni yang update pasal keadaan kat Mesir sana.

http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com/

mintak tolong sebar²kan please. walau sikit pun yang kita buat, Tuhan akan balas jasa baik anda semua. amin...

terima kasih pada sapa² yang boleh share ni pada kawan² korang yeah.

Government, please do something. their safety is our asset.

Wednesday, January 26, 2011

Bila harus memilih

kadang-kadang manusia ni tak sedar betapa bertuahnya diorang sampailah satu masa bila kelebihan dan peluang yang ada depan mata hilang. masa tu baru la nak sedar, masa tu lah baru nak menyesal. bila ada peluang dan kelebihan pulak, di sia-siakan. buat-buat tak nampak dan rasa macam benda tu satu burden, yang hakikatnya orang lain gila-gila dambakan benda tu.

aku boleh dikategorikan sebagai seorang yang bertuah. aku ada parents yang memang tak boleh ditukar ganti dengan segunung cheeseburger@berlian pun, adik beradik yang cukup lengkap yakni seorang kakak, seorang abang, seorang adik lelaki, dan seorang adik perempuan (ye, saya anak yang tengah). kenalan dan kawan pulak boleh tahan ramai (kenalan dan kawan dua perkara berbeza ye tuan² puan²). aku pun ada tempat nak mengadu selain parents, dua orang BFF yang know me inside out, yang mana aku anggap dah macam adik² perempuan aku sendiri. dan jugak seorang lover whom i love and who loves me unconditionally, a shoulder to cry on.., walaupun..............Eheh.

dari kecik aku tak pernah rasa hidup susah. walaupun tak semua benda aku nak aku dapat (my father thought me well about being humble and modest, thank you ayah) tapi still hidup aku cukup serba serbi, something yang aku boleh banggakan masa zaman kecik² dulu. aku tak pernah bekerja sendiri untuk cari duit, sebab wang ringgit bukan suatu masalah bagi aku. bila tengok kesusahan orang lain, member² aku sendiri, insaf plak kadang². dari segi pelajaran, aku memang bersyukur, Yang Esa bagi aku rezeki untuk belajar dengan senang dari zaman tadika sampailah belajar kat oversea ni.

entry ni bukan nak menunjuk-nunjuk atau bangga diri, tapi cukup sekadar peringatan untuk diri aku sendiri dan juga pada siapa² yang nak amek manfaat. sebab manusia ni kadang² lalai dengan nikmat yang Tuhan bagi. aku pon boleh la nak masuk kategori lalai tu..sebab selalu je merungut tak tentu fasal. aku ingat lagi masa zaman kecik² dulu, kalau time dinner, ayah suka ingatkan kitorang adik beradik betapa untungnya kita hidup zaman sekarang ni. cara ayah bagi pesanan tu taklah direct, tapi cukup untuk buat aku faham dan buat aku termenung sebelum tidur. ayah n ibu suka cerita pasal betapa susahnya hidup diorang zaman kecik² dulu, kurang serba serbi. diorang bukan dari keluarga senang, hidup susah (menurut cerita makcik aku la, ayah orang pertama kat kampung tu yang masuk universiti. ntah btol ke tak, wallahualam...). cerita pasal baju yang koyak, pakai selipar just pakai selipar yang dikutip tepi laut, duit belanja sekolah yang seposen, kadang² ada kadang² tidak, dan makan bercatu ape semua dan pastu macam² lagi lah. cerita ni berulang kali diorang cerita, tapi aku tak pernah bosan dengar. dari situ aku amik iktibar yang aku bersyukur lahir dalam keluarga ni. nenek aku pun pernah cerita (aku panggil nenek aku atuk), masa ayah aku baby, atuk sampai buaikan ayah sambil² menoreh. aku memang tak boleh bayanglah camne.

aku nak fokus bab study je sekarang, sbb kalau nak fokus bab lain memang tak abeh nak cerita la kot. cerita² ayah ibu tu sebenarnya banyak selamatkan aku dari nak mengalah bab² study ni. kelebihan yang aku ada sekarang, aku ada kemudahan nak belajar dengan scholar dari JPA. dalam beribu orang yang apply utk datang sini, aku terpilih. tapi ada pernah sampai satu masa, aku macam give up. bila pikir² balik, peluang² hebat camni aku tak boleh lepas dan aku tanak menyesal masa akan datang nanti atas kecuaian aku sendiri yang tak tau nak hargai peluang study ni. susah belajar kat france ni oiii! tu lah, kadang² aku tak sedar yang aku ni bertuah. memang, zaman mak bapak kita dulu lain. zaman berubah, gaya pun berubah. tak boleh nak samakan cara hidup orang zaman dulu dan zaman sekarang. tapi prinsip tetap sama. jangan sia²kan peluang yang ada kat depan mata semata² just nak ikut perasaan dan sedap sendiri. selagi aku bernafas, aku cuba jugak buat yang sehabis baik.

tiba² otak terpikir pasal benda ni lepas tengok episod pertama drama Gemilang yang Tiz Zaqyah berlakon tu. ini la gunanya internet, bleh donlot suke² hati. bile tengok ep 1 satu semalam, tu yang teringat balik kat cerita² ayah ibu tu. thanks alot ayah ibu yang berjaya bagi aku satu lesson yang still lagi valid even after 12-13 tahun.

bila harus memilih...pilih dengan akal yang waras, bukan hati semata².

ps : dah 3 hari aku dok qadar kamen rider 000. dah episod 19 pon. seronok tengok sbb kamen rider ni jenis kamen rider gelak² mcm Den-O. tak macam kamen rider Blade yang serius pastu emo. (still, kamen rider Blade best ok). aih, sedaar la sebulan lagi ko nak masuk 23 oooii! anak sedara aku pun tak tengok benda alah ni.

Sunday, January 23, 2011

Dah 8 bulan!

kusangkakan panas sampai ke petang, rupe²nye hujan di tengahari. literally.

just came back from some place cold and its a lot worse at my place. colder! wiken lepas dah start² nak panas, then minggu ni sejuk balik. adeh. aku tak tau either sbb aku kurang amek air 3 hari ni (normally 2 liter wajib air satu hari aku minum) or just sbb skrg cuaca sejuk balik yang buat badan rasa macam panas semacam. aku rasa aku akan demam minggu ni. yeah, first demam for 2011. got myself a can of Perrier then perah setengah biji lemon nak bagi hilang air² dalam hidung ni. dari tadi tak berenti bersin, alhamdulillah teknik perah lemon ni menjadi.

jarang aku nak membebel pasal politik, sbb aku memang tak suke politik. kalau bukak online newspaper, memang tak akan lah klik bab² politik ni. i know, bende ni penting untuk pengetahuan am, but wadehel. kalau setiap kali baca rasa macam nak muntah then rasa annoyed gile, baik tak yah bace btol tak? bukak newspaper ni, yang ini kata pada yang itu, bukak yang ini plak, yang itu kata yang ini. at the end, kite sebagai readers ni memang tak tau sape betul sape salah. yang diorang ni plak, tau nak menghentam sesame sendiri je. c'mon la, kalau dah melayu same melayu bergaduh, then fitnah same memfitnah apatah lagi diorang sesame muslim, ape nak jadi? camne nak bersatu kalau satu bangsa satu agama pon nak bergaduh². bile nak maju pon tak tau lah. kesudahannye, masing² dapat dosa, masing² dapat bala. kalau tanye kat diorang² ni, bukannye tak tau hukum fitnah ni ape. tapi masing² bile bercakap amboih tanak kalah. yang peliknya sampai sanggup tabur fitnah yang bukan² semata² nak dapat kuasa kat dunia. suratkhabar pon satu, bias.

ade baiknya student² kita dihantar ke luar negara untuk belajar. ktorang kat sini bukan belajar academically je, tapi jugak belajar cara hidup diorang untuk luaskan lagi mata. kat sini misalnye, aku tak pernah plak baca ape² pasal party ni fitnah party tu yang itu fitnah yang ini. aku mengaku aku bukanla pembaca suratkhabar french yang tegar, tapi still aku bleh nampak cara diorang main politik. takde la kotor, tak pernah plak aku terbace yang orang itu kata yang ini. dan jarang skali (tak pernah kot) aku dengar pasal pemimpin party ni bercakap pasal personal life party yang lain. ape yang aku nampak, diorang main politik secara clean. kalau time pilihanraya pon, diorang memang betul² focus dengan kepercayaan party masing². media massa, cetak atau elektronik, tak pernah nampak bias dengan mane² party. masing² di beri peluang sama rata, dan tak berlaku pon stesen tv ni pro party itu atau ini. sama² buruk, sama² cantik.

bile bercakap pasal demokrasi plak, negara kita ni name je negara demokrasi. bukan nak menghentam tanah air sendiri, tapi itu la hakikatnya. di TV atau paper kat sini, kalau tak puas hati dengan kerajaan atau ape² party, rakyat selambe je boleh hentam presiden. diorang hentam secara sinis dan sopan, tapi memang tup tepat kene kat batang hidung orang tu. takde pon orang nak bising², takde pon orang tu kene jail or ISA ke ape ke. bagi diorang, kalau dah pemimpin tu salah, kite tegur. tak semestinya jadi pemimpin kita selalu betul. sbb tu la kat france ni memang selalu je ade strike, dan diorang ni memang tak pernah takut pon akan kena pecat dengan majikan sebab tak akan punye. diorang suarakan pendapat dan hak diorang secara demokrasi. rakyat punye suara, dan pemimpin kena dengar jugak. kalau kat tanah air, jangan lah harap. baru cakap sikit, tegur sikit, dah kene tangkap. lepas tu kalau keje kat company ni, tak boleh nak join event certain² party sbb company ni pro party lain. adoih. dunia²...

enough with the politics. saje nak luahkan pendapat sbb aku ni kadang² nampak macam tak ambik pusing pasal politic. i do, but in my own way.

itu je la kot yang nak dibebelkan hari ni. kurang mood nak membebel tapi bile dah terbukak dan tertulis, laju je jari ni nak menaip. agaknya dah matang kot kepale otak hambe ni. umur nak masuk 23 pon lagi sbulan. duh.

ps: kamen rider 000 ni macam ala² lawak je. ntah bleh ke tak lawan dengan kamen rider Den-O punye humor.

Tuesday, January 18, 2011

Life As We Know It

Mari mari abg kakak mari mari saya nak bercerita.

Dol, aku xde cerite. sumpah.

ok. dah masuk tahun baru pon, dan sekarang aku dah masuk semester 6 utk degree tahun ni. bile pikir² balik macam malas dah nak continue master tahun depan (tu pon kalau final year ni lulus dgn cemerlang..kalau x memang terpakse bertapa lagi setahun la kat sini). tapi ape nak buat, contract dengan JPA dah kata camtu. lagi pun dah tanggungjawab aku nak kena abeskan study. ibu ayah dah buat sehabes yang baek untuk anak² diorang, so aku pon sebagai anak yang manja lagi baek takde ape lagi yang aku boleh balas selain dari kasih sayang muah² aku dan jugak sukses dalam study. what else can we give to our parents? its now or never sayang...(bkorban perasaan dan cita² katanye...but wadehel. parents tu lagi bkorban lebih kot. cume kadang² kite je tak tau dan tak nampak atau saje² buat buta tak nampak)

aku sbnrnye agak cuak, sebab bile tengok subjek² yang ade kat semester 6 ni, sume banyak sangat bende yang aku x minat. pastu ade plak subjek yang boleh pilih, tu pon sume bnde yang aku x brape minat. memandangkan semua tu aku macam so-so je, jadi kene la pilih yang mane agak² aku boleh score kot. mechatronics dengan elasticity, mane satu idaman kalbu? ceh. kalau ikut hati memang nak humban je mechtronics and energy tuh, let it be just materials n elasticity. pastu bile prof buat briefing pasal subjek² tu aritu, tibe² trase tanak plak amek elasticity sbb banyak sangat mechanics dlam tuh. ye, aku mmg sucks gile bab² mechanics ni. walopon aku benci kat electric dan electronic serta cucu cicit diorang, aku terpakse gak amek mechatronic sbb biase bnde² ni aku bleh score even tho setiap kali masuk lecture rase mcm nak muntah menengoknye.

takpelah. kite tengok je camne nanti. since minggu ni minggu first sem 6 final ni, tak boleh aku nak ngomen panjang berjela. yang aku tau, kelas dynamic in mechanics smlm sucks, dan kelas programming n data base pagi tadi cam haram bosan even prof baek gile. tak boleh nak salahkan diorang gak. antara aku yang tak minat, atau aku bosan. kemungkinan tu memang sangat besar utk org yang otak artistik macam aku neh. camne lah bleh terjerumus dalam lembah kejuruteraan ni pon tak tau lah. genetic kot..

pastu aku ni pun satu hal. suke sangat berlagak takde ape². ada masalah pon muke selamba. itulah kualiti aku yang terbaik punye. pastu mula la nnti bile dah dok sorang jadi mcm org gila buat kerja ntah ape². tapi, janganlah kacau aku kalau tengah lapar atau penat kang tak pasal² kene fire aboogen. dan sebab aku jarang marah, bile aku skali termarah atau termerajuk, hoh janganlah berangan aku nak pandang muke engkau. tapi ubatnye senang je. rahsia. org² tertentu je yang tau. sebab bile dengan org yang tertentu ni je la aku jadi ape aku yang sebenarnye, bukan macam yang korang selalu tengok aku hari². so janganla nak menyesal, dah terlambat ok.

aku pun perasan satu bende sekarang. aku ni dah la kurus, pastu makan plak macam kurang. tengahari jarang bebenor makan. faktor malas satu, faktor buat² bizi pon satu. aku just amek dinner. tu pon kalau rajin baru makan nasik. kalau tak, salad n sosej je yang aku ratah. dah ting tong agaknye kot. tapi takpe, paling tidak perut i tak buncit u oolls! masalah jugak bile kurus sangat, sbb nanti nak beli baju nampak tak smart bile pakai. nantilah bile dah start panas sket bleh aku naikkan lagi selera makan aku.

kan, aku dah mengarut? kalau entry ni bleh dimetaforakan sebagai satu jalan, mesti dah sesat korang ntah kemane² je pergi. tibe² teringat kat sorang budak laki ni mase dinner aritu.


comelkan? aku rase macam nak picit² je budak neh. dah la baek, comel plak tuh. dapat gak main² n peluk dia arituh. budak ni mmg curi attention sume org kat situ time tu. sape la mak bapak beliau neh. tibe² naluri kebapaan aku terserlah.

ps: tibe² ade bau tom yam dalam imaginasi aku..

Wednesday, January 12, 2011

Song For A Friend

Things are a wee bit rough rite now. I know, we know, they know. Don't loose ur head yet. Special song for you and me. I dont know wether u've heard this before but please try to listen for atleast once ok.


Well you're magic he said
But don't let it all go to your head
Well I bet if you all had it all figured out
Then you'd never get out of bed
No doubt
All the thing's that I've read what he wrote me
Is now sounding like the man I was hoping
To be
Keep on keeping it real
Cause it keeps getting easier indeed
He's the reason that I'm laughing
Even if there's no one else
He said, you've got to love yourself

You say, you shouldn't mumble when you speak
But keep your tongue up in your cheek
And if you stumble on to
You better remember that it's humble that you seek
You got all the skill you need,
Individuality
You got something
Call it gumption
Call it anything you want
Because when you play the fool now
You're only fooling everyone else
You're learning to love yourself

Yes you are

There's no price to pay
When you give and what you take,
That's why it's easy to thank you
You...

Let's say take a break from the day
And get back to the old garage
Because life's too short anyway
But at least it's better then average
As long as you got me
And I got you
You know we'll got a lot to go around
I'll be your friend
Your other brother
Another love to come and comfort you
And I'll keep reminding
If it's the only thing I ever do
I will always love
I will always love you
Yes you
I will always, always, always, always love
I will always, always love
I will always, always love, love

Climb up over the top.
Survey the state of the soul.
You've got to find out for yourself whether or not you're truly trying.
Why not give it a shot?
Shake it. Take control and inevitably wind up
Find out for yourself all the strengths you have inside of you.



ps : no one can help me. only me can help me. no one can help you. only you can help you. Je te tiens jusqu'à l'infini.

Thursday, January 6, 2011

Just A Dream

baru habes cuti dan dah mula pun start kelas balik this week. dengan ade lagi 2 paper next week, aku pon tak tau bile nk abes seksa pereksa ni. tak abeh² dari sebelum cuti aritu lagi. bile nak cuti pon x senang, eventho i can say my holiday was quite good. but something was missing. rasa dia mcm bile ko masak something, bende tu still best, tapi macam ade skit kurang garam atau gule yang mencacatkan sket rasa masakan tu. tp aku ulang balik, masakan tu still best.

now i'm back online.

ade bnyk bnde nk ckp sbnrnye. tapi rase mcm malas plak. baik pendam je. mslh aku pon, mcm la ade orang kesah. bile aku offline aritu, takde la maksudnye aku off terus dari internet, tapi mcm nk stop blogging kejap. rase mcm berat gile tangan nk menulis. mase tu otak tengah serabut. angin kus kus datang serang. skrg rasenye mcm angin tu dah takde, lega sikit kepala. tambah² plak bile dah tengok jadual kelas utk semester baru ni, mcm cool jugak la. takde nak pack sgt, and bnyk long wiken. something i look forward to.

ok, bagi la aku can sket nk bjiwang utk first entry di tahun baru ni. XD

sbnrnye, ade azam tanak tulis bnde shewang² utk first entry, atau nk kurangkan sikit, tapi takpelah. kalau sebelum ni ade orang mcm bernafas dalam lumpur, aku plak sesak nafas sbb mcm bernafas dalam bilik yang dah kurang oksigen. sesak, sebak sume ade. meh sini sket nak ckp pasal tahun baru

‎2010 - new me and new found love.
2011 - another new me but still the same love.
HAPPY NEW YEAR!
see you next year love! can't wait to start schooling again and have the same routine, every morning every night like it was before.
life without you is not as easy as i thought.


this is what i wrote on my fb status masa mlm new year. mase tu tengah serabut sket, maka kepala mcm biol² tak betul tulis bnde² tu. bukan nk ckp aku x maksudkan bnde yg aku tulis tu, tp sebaliknya. aku ni, bile kepale dah tak betul, mcm orang isap weed, sume bnde main terabur je ckp. but i really² miss n love you tho.

sejak dua tiga menjak ni asek dengan lagu ni je. originally from Nelly, tapi bile si Christina comel ngan Sam Tsui mulut besar ni buat cover balik, lagi best lagu ni jadik. tambah plak dengan muzik n video yang best dari Kurt Schneider, brtmbh terbaek punye lah lagu ni.

nah, for you..hope to see you soon..



ps: ibu ayah akak abang yang pi Vietnam tu, jangan lupe bwk balik olé-olé utk saya anak yang paling manja ni.