Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti
seseorang yg menunggu bas.(hehe..) Bila
bas tu datang,
awak nengok bas tu dan awak kata pada diri
awak,"Eee...penuhnya... tak de tempat
duduk."
Jadik, awak katakan pada diri awak,
"Saya akan
tunggu bas yg lain." Awak pun biarkan bas tu
berlalu dan awak tunggu pulak bas yg lain.
Kemudian, datang pulak bas yg kedua. Awak
nengok bas tu dan awak akan cakap,
"Eee... bas
ni buruk sgt... mesti tak selesa. Dan
mungkin bas
ni akan rosak kat tengah jalan." Jadi,
awak pun
biarkan bas buruk tu berlalu dan awak
bercadang
untuk tunggu bas yang seterusnya.
Setelah beberapa ketika, datang lagi
sebuah bas.
Bas yg datang tu kosong, tak penuh dan tak
seburuk bas yg tadi tapi kali ni awak
kata, "Emmm.... tak de air-cond... cuaca
pulak
panas. Lebih baik saya tunggu bas yg
lain." Dan
sekali lagi awak biarkan bas tu berlalu
dan awak
bercadang utk menanti bas yg seterusnya.
Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin
mendung dan baru awak perasan yg awak pula
dah terlambat rupanya. Awak mula panik
dan terus
naik bas yg datang ketika itu, walaupun
bas itu tak
sebegitu sempurna.
Dan kemudian barulah awak sedar
bahawa... awak
dah naik bas yg salah. Jadi, selama ni
awak dah
membazir banyak masa dan wang untuk
menunggu apa yg awak nak.
Walaupun yg datang tu adalah bas yang
berair-
cond, adakah awak dpt pastikan bahawa bas tu
tak
akan rosak di tengah jalan atau mungkin
bas tu
tak
terlalu sejuk untuk awak?
Jadik, (kepada semua golongan) sama-
samalah mengingini apa yg di idamkan tu
memang tak salah.
Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup
memberi
satu peluang pada orang lain, kan ?
Sekiranya awak dapati "bas" itu tak
sesuai dengan
awak, apa yg perlu awak lakukan hanya tekan
loceng dan turun daripada bas tu.
Tapi... saya pasti awak semua tentu ada
pengalaman yg macam ni. Awak nampak sebuah
bas datang (tentulah bas yg awak
nanti-nanti kan ),
awak tahan bas tu tapi pemandu bas tu
pulak buat
tak faham dan pura-pura buat taknampak awak
dan terus berlalu tinggalkan awak!
Hahahaha.... Bila ada bas yang lalu
melintasi saya
macam tu, apa yang saya lakukan ialah
BERJALAN!
Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas tu sebab
setiap kali, awak akan terjatuh dan
menyakiti diri
awak sendiri.
Jadi, bercinta tu adalah ibarat menunggu
bas,sama ada awak nak naik dan beri peluang
pada bas tu... semuanya terpulang pada
diri awak.
Dan bila awak berjalan, awak sebenarnya cuba
melarikan diri daripada cinta...
p/s: am i one of them? hmmm