Monday, August 16, 2010

risiko. risk. risque.

kadang² hidup ni kene berani ambik risiko. kalau x ambik risiko, memang takkan maju lah hidup. tak kesah la risiko dalam bisnes, study, atau dlm relationship, yang penting kene berani amik risiko. kalau x, x adventure la hidup ni. hidup stagnant je, bosan gile. takde cabaran. dulu aku memang jenis manusia yang macam tu. kurang berani ambil risiko, tapi sekarang rasanya macam dah kuat sikit kot. B terima kasih, skrg dah kuat sikit. dah kering sikit. XD

dulu aku amik risiko utk pergi study kat France, even tho mase tu memang aku dah study elok² di UTP. bukan nak kata study kat mysia tak bagus(siyesli, kat mysia lagi best kot), tapi nak gain experience tu yang penting. experience nak beraya kat tempat orang, experience brbuke puasa sorang² dalam bilik pkol 9 mlm, first day raya dalam kelas where i'm the only mysian kat situ n experience meeting new people. kalau x amik risk study kat sini, tak mungkin aku mcm aku yang sekarang. tak mungkin aku setabah atau sekuat sekarang. dan tak mungkin akan aku jumpe insan² tersayang yang mcam aku ada sekarang..

alhamdulillah tahun ni dpt jugak aku puasa penuh sebulan kat mysia n sempat jugak raya sehari dua kat tanah tumpah darah ni. 2 hari pon dah cukup utk cover 4 tahun stret raya kat tempat org. alah, ponteng sekolah sehari je, tak pe kot. ^^ janji happy. ape² hal lain, belakang kira.

sepatutnye ramadhan ni aku nk kuruskan perut, tapi mcm dah terbalik je. aih. ni belum lagi next week nak gi dating n bukak² pose lagi. aiyo, kalau la ade machine yang gune terus hilang boroi ni, kan senang.......

ps: u take care jalan². c u

Tuesday, August 10, 2010

1800km


1800km kami sama² atas jalan raya. tak pernah dulu kami terfikir boleh buat kerja gila macam ni. kalau 4 tahun lepas, kami cuma boleh berangan-angan nak road trip macam ni sama², spend masa sama². sekarang hati masing² dah terbuka, dan angan² tu dah jadi kenyataan.

1800km kami sama² ketawa, diam, sedih, menangis. turun naik, biasalah. sedangkan lidah lagi tergigit....inikan pula kami. tapi aku hargai setiap detik tu. buat kenangan orang kata.

1800km ni banyak kami sama² tabur janji, impian dan angan² gila kami antara sedar dan tidak, yang aku harap suatu hari nanti takde sape antara kita yang break janji² tu. kita sebenarnya sama² fragile yang konon²nya nak act keras macam kereta kebal. kau tahu siapa aku, aku tahu siapa kau.

1800km, terima kasih kerana bukakan mata dan hati untuk lebih kita appreciate sesama sendiri. walaupun kadang² kata² org menyakitkan hati, kita cuba² tolak ketepi. bak kata dia, 'pedulikan apa orang kata. yang penting kita bahagia sama². kita lebih tahu diri kita dari dia'. aku dah boleh mula terima idea tu, dan terima kasih untuk itu.

1800km, moga kita jumpa lagi. atau mungkin lebih? Tuhan je tahu.

we know how much we feel for each other. so you dont bother.