Sunday, April 20, 2008

Penangan Blog

MAJALAH Time pada 2006 mencatat sejarah apabila menamakan komputer sebagai `Person of the Year’ atau tokoh tahun ini. Anda. Ya, anda. Anda menguasai era maklumat. Selamat datang ke dunia anda. Inilah kata-kata muka depan majalah itu.

Ledakan pertumbuhan dan pengaruh hasil kandungan internet, terutama blog diiktiraf di peringkat global dua tahun lalu. Tahun ini, blog dan blogger menerima pengiktirafan di negara ini apabila kuasa dan pengaruhnya mula diakui.

Keputusan pilihan raya umum ke-12 yang dipengaruhi oleh blog dan blogger adalah bukti utama. Kini tiada siapa dapat menafikan bahawa media baru ini mempunyai kedudukan, fungsi dan tanggungjawab dalam dunia maklumat.

Blog media baru berpengaruh

KIRA-KIRA 10 tahun lalu, sesiapa yang mengaku mempunyai blog dan bergelar penulis blog (blogger), dipandang seperti makhluk asing. Kini anda boleh memba
ca kira-kira 500,000 blog yang diwujudkan blogger negara ini.

Kemunculan blog hanya mula diperkatakan sejak beberapa tahun lalu walaupun perhatian lebih tertumpu kepada blog politik.

Bagaimanapun, keadaan berubah secara drastik sejak kebelakangan ini. Ramai yang bercakap mengenai blog dan menjadi blogger.

Kehangatan pengaruh blog dikaitkan dengan kempen pilihan raya umum ke-12 lalu apabila blog yang dikategorikan sebagai media baru digunakan secara berkesan sama ada oleh individu mahu pun parti politik.

Mengulas perkembangan blog di negara ini, Pensyarah Pengajian Media Universiti Malaya, Dr Abu Hassan Hasbullah, berkata antara perintis kemunculan blog di negara ini adalah sekumpulan blogger yang membentuk komuniti Geng Journal pada 1998.

Ketika majoriti masyarakat masih buta mengenai blog, katanya blogger seperti Tok Rimau dan Bluehikari merintis minat terhadap blog.

Beliau berkata, perkembangan blog meningkat selepas insiden politik membabitkan penyingkiran bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dituruti kemunculan pelbagai blog seperti Mahazalim dan Mahafiraun.

Sejak empat tahun lalu, katanya perkembangan blog mula memberangsangkan, tetapi masih tidak disedari dan dipedulikan hingga Pilihan Raya Umum Ke-12, bulan lalu, blog menonjolkan pengaruh sebagai media baru yang memberi kesan besar.

Bluehikari atau nama sebenarnya, Ludinata Misnun, berkata ketika Tok Rimau, iaitu bekas Presiden Geng Jurnal membentangkan kertas penyelidikan bertajuk Web Log: Kuasa menerbit di hujung jari dalam satu seminar peringkat kebangsaan pada 2002, isu blog yang dibentangkan itu kurang mendapat sambutan.

Selain itu, katanya membuat blog ketika itu lebih susah kerana prosesnya sama seperti membina laman web yang perlu membuat reka bentuk sendiri.

Katanya, zaman sekarang untuk berblog sangat mudah kerana ada laman web menyediakan kemudahan blog seperti Blogspot, Wordpress atau Diaryland. Hanya perlu daftar, pilih reka bentuk diminati dan mula menulis.

Hari ini, ramai yang bergelar blogger, tetapi semudah itukah menjadi blogger? Rebecca Blood, seorang blogger veteran yang juga pengarang The Weblog Handbook, menyatakan blogger adalah mereka yang sangat berminat terhadap web.

Evan Williams yang mengasaskan Blogger.com pula berpandangan bahawa blogger adalah golongan muda yang menggunakan blog untuk berkomunikasi dengan rakan sebaya.

Sudah tentu hari ini, ada blogger veteran berumur lingkungan 50-an atau lebih tua, tetapi majoriti blogger adalah golongan muda yang dinamik, luar biasa, mempunyai pendirian dan tidak takut melahirkan pandangan mereka.

Setiap orang boleh memberi 1001 macam alasan untuk memiliki blog, tetapi blogger adalah seorang yang tahu menghargai pandangannya.

Tanyalah kepada sesiapa yang memiliki blog. Mengemas kini blog setiap hari menyebabkan dirinya mempertimbangkan pandangannya dengan berhati-hati serta berasakan pandangannya unik dan perlu disuarakan.

Pada masa sama, ada ramai blogger yang hanya memuatkan luahan hati kecewa, putus harapan dan meracau tidak tentu hala. Blog begini selayaknya dimasukkan ke dalam bakul sampah.

Seorang blogger harus mampu melahirkan dirinya dalam penulisan, mahu berkomunikasi dengan orang lain dan berterus terang.

Blogger, Yasser Arafat Ishak yang dikenali sebagai Jiwarasa berkata, blog yang baik selalunya akan mendapat perhatian dan ibarat pasaran terbuka yang pengunjung mempunyai pilihan. Blog yang baru sering meletakkan alamat blog yang bagus di blog masing-masing.

Katanya, memuatkan blog yang bagus di blog masing-masing bagaikan satu trend untuk menempatkan diri dalam kelompok blog.

“Pengunjung blog juga cerdik dan bijak memilih bahan yang baik. Mereka selalunya akan membuat rujukan silang di mesin carian Yahoo dan Google untuk mendapat kepastian sesuatu fakta yang ditulis di blog,” katanya.

Apakah faktor yang menyebabkan blog popular? Sifat interaktif adalah punca menyebabkan blog mendapat perhatian ramai. Semua orang berpeluang memberikan pandangan walaupun tidak semua pandangan itu bernilai.

Blog bukan saja membolehkan blogger memberikan pandangan mengenai sesuatu isu, tetapi pembaca menyuarakan pandangan masing-masing. Anda mahu bersetuju, membangkang, menambah maklumat dan fakta baru. Semuanya dalam blog.

Blogger perlu ada sikap kawal selia kendiri

LESEN besar penulis blog (blogger) untuk menulis mengenai apa saja di atas muka bumi ini menimbulkan banyak persoalan.

Melihat sesetengah blog, penulisan bukan berisi fakta dan kebenaran, tetapi penuh dengan fitnah, kepalsuan dan bersumberkan khabar angin.

Malangnya, apa yang ditulis dipercayai sebagai suatu kebenaran. Dalam teori komunikasi, apabila sesuatu pembohongan diulang-ulang, maka pembohongan itu dianggap benar. Dalam blog, proses yang sama juga berlaku.

Pensyarah Pengajian Media Universiti Malaya, Dr Abu Hassan Hasbullah, berkata sebelum pilihan raya umum ke-12 lalu, ada anggapan bahawa harga rumah melambung naik di Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kedah.

Katanya, anggapan itu berlegar dalam dunia blog dan maklumat itu tidak diketahui ketepatan serta kesahihannya.

“Tiada siapa tahu perkara ini, tetapi anggapan ini wujud di kalangan masyarakat negeri berkenaan. Oleh kerana tiada siapa menafikan maklumat ini, maka maklumat yang disebarkan melalui blog dianggap benar,” katanya.

Dalam era perang maklumat, katanya blog membentuk maklumat dan sama ada maklumat itu tepat atau sahih adalah perkara kedua.

Bagaimanapun, blogger tidak dibiarkan bebas sewenang-wenang. Di Singapura, dua etnik Cina dipenjarakan mengikut Akta Hasutan negara itu kerana memuatkan kenyataan anti Islam dalam blog mereka.

Tahun lalu di Mesir, blogger Abdel Monem Mahmoud, ditangkap kerana menulis kenyataan anti kerajaan.

Di negara ini, tiada undang-undang secara khusus boleh digunakan untuk mengambil tindakan terhadap blogger dan blog. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hanya bertanggungjawab menyelia infrastruktur sesebuah laman web dan bukan memantau laman web yang menyeleweng.

Bagaimanapun, Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 membolehkan individu yang menyalahgunakan Internet bagi menyebarkan kandungan yang bersifat palsu, mengancam atau yang jelik dikenakan tindakan.

Selain itu, Akta Hasutan 1948, Akta Fitnah 1957 dan Kanun Keseksaan boleh digunakan terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab. Sudah ada beberapa kes blogger di negara ini disaman kerana tulisan mereka.

Keputusan Mahkamah Tinggi Alor Star supaya pengendali blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin, membayar ganti rugi RM4 juta kepada Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Naib Canselornya, Tan Sri Dr Nordin Kardi, kerana memfitnah melalui artikel disiarkan dalam blognya pada 2006 adalah antara kes utama.

Bagaimanapun, undang-undang bukan jawapan terhadap persoalan ini. Menubuhkan polis siber seperti di sesetengah negara juga bukan penyelesaian terbaik.

Harus ada kerelaan daripada blogger untuk bekerjasama dengan kerajaan membangunkan kod etika yang boleh diguna pakai di Malaysia. Lebih baik sikap kawal selia kendiri wujud di kalangan blogger berbanding pihak lain yang memaksanya.

-petikan dari Berita Harian -

tibe2 dok belek2 paper online, terbace plak aku artikel ni. mcm best n mmg best. so korang bloggers2, kat mane tmpat korang dlm dunia blog ni? ape peranan korang selain dr tulis diary sndiri?? PK sndiri... =D

Wednesday, April 16, 2008

hey I'm back!


aku dgn ombak pantai kat antara negara terkecik dunia n kaya, Monaco..


Alhamdulillah..syukur balik jugak aku dgn selamat n jayanya dr cuti2 aku kat Nice, kat selatan France. huee....so aku nk mintak maap bbnyk2 pada siape2 yg antar komen n aku tak reply2 lmbt tuh. the reason is, seminggu aku kat Nice, aku mmg tak bukak ternet langsung sbb mls nk pg CC yg berdekatan. padahal kat bndr Nice tu bnyk je..

so skrg ni aku tanak citer lg pasal Nice n Monaco sbb aku tak dpt lg sumer gmbr2 holiday aku dr mmber2. ekceli, td dah amik ngan Syed, tp tak tau la pehal plak tibe2 pendrive ni buat hal. nmpk gaya esok kne cari Syed lg n copy lg skali dr dia. adeh. kalo ade gmbr2 tu, skrg ni jugak bleh aku citer pasal holiday aku tu yg aku kire, antara yg terbaik jugak. bukan ape, sbb selain dr ade Masaf Games yg melibatkan student malaysia dari tiga negara, UK, France, n Germany, aku dpt jugak peluang nk berjumpe dgn lagi dekat kite punye menteri pendidikan, Dato Hishamuddin. Dato yg rasmikan ktorang punye games ni, alang2 sbb dia pon ade kerje kat France time tu. mmg best sbb Dato ni soo frenly n time org nk amik gmbr ngan dia, mmg la sgt ok disamping isteri beliau yg aku kira cantik n peramah =D ..siap Dato pegang pinggang aku sbb mesranye beliau..( hehe...sejak dok ovc ni, sng je nk jumpe menteri. kat mYsia, haram nk tgk dari dekat...)

ok la dulu. nnti esok aku amik balik sume gmbr, n aku update mlm esok jugak! it was fun, n di samping tu, aku dpt jugak kenal lg rapat senior2 aku, junior2 aku, dan kenal lebeh2 rapat lg dgn adik2 aku kat Colmar ni...walopon tiap2 ari jumpe n mmg dah kenal, this time a lot more better....

p/s: sejak balik dr Nice ni, terbukak n tergerak hati aku.......n,..tibe2 lak terigt kat mmber2 lama dan mmber2 baru. camne la aku without diorang. T_T

Wednesday, April 9, 2008

Natang! (Bby~...)



setelah aku bersedih2 dulu dgn 'kehilangan' kucing aku, Bby, aku cepat2 cari peganti. sbb dah terbiasa dok kat umah ni kne ade binatang utk teman aku, aku pon last2 cari sekor pet baru utk jd pengganti Bby. but this time bukan kucing. aku bela sekor natang yg sng nk nak jaga, tinggal bagi mkn je. so, ni la dia pet baru aku, Bby juga namanya, dgn gunakan name yg same dgn kucing hitam gemuk aku dulu tu. Bby baru aku ni seekor guinea pig! yeah. sbb ape aku terpikat dgn dia? sbb dia ni comel thp gaban mase aku mule2 jumpe dia kat petshop dulu. kaler dia comel n bulu dia spiky2 mcm rambut aku. hahah. dah masuk 2 bulan jugak aku bela bnde alah ni..



Bby aku ni guinea pig spesies ape pon aku tak igt dah. tp bulu dia pnjng n berpusar2, tak mcm guinea pig yg biasa. ( n harus diigt, bende alah ni bukan pig a.k.a khinzir, name dia je gtu...nk wat gane..bukan salah dia pon name dia camtu..T_T )kalo korang tgk gmbr2 aku ni, mcm patung pon ade tp sbnrnye tak. dia ni mmg camni. kalo dalam cage dia, lincah gila n susah nk tangkap but once korang dah sntuh dia, n pegang dia, tibe2 dia diam...ha..tu la kelebihan Bby aku ni. sedap nk pgng, sedap nk belai2, n yg penting, dia tak gigit mcm hamster aku dulu. eheh

nak jaga Bby ni tak susah..korang tinggalkan aje dlm cage n hari2 ganti la air dgn makanan dia. simple! cuma masalah sket sbb dia ni kuat gile minum air. stiap kali aku tgk dia dlm cage dia, mesti dia tgh nyonyot botol air dia tu. sehari sbtol. so stiap kali sblom pg kelas, aku akan isi air dlm botol dia tu bg penuh. mknn tak kesah sgt. balik kelas baru aku isi. kang bg bnyk2, meletup mcm belon plak karang.



mknn dia ni pon tak susah nk cari. pg je kedai pet or supermarket. ade je kat mane2. biasanya aku bg cereal yg mmg khas utk guinea pig, rumput kering, n jugak tablet yg kaya dgn vitamin C. mase aku beli dia ni dulu, jurujual tu ckp guinea pig ni perlu bnyk vitamin C n aku kne bg dia buah skali skale. adeh..tak kuasa aku nk potong buah utk dia n bagi dia mkn oren ttiap ari. sbb tu aku beli je tablet tu, sng citer..HAHA. selaen tu, dia ni perlu jugak batu mineral utk dia mkn sikit2. penting jugak mineral tu utk kesihatan dia.



dia ni pendiam sbnrnye. tp kadang2 mlm2 tu mnyirap jugak aku, bising mencicit je ...bunyi cicit dia tu comel gile..mcm korang dgr pikachu berckp. haha. tp kawan2 aku tkut sket dgn dia ni sbb mata dia marah. adeh. mata merah la lawa. tkut apenye..comel n seswai ngan kaler bulu dia coklat putih tu. oh yea..lupe plak. dia ni jntan, n aku tak cari2 lg bini dia sampai skrg. tkot beranak pinak plak, mane aku nk letak anak2 dia tu. kalo ade rumah anak2 yatim utk guinea pigs ni, bleh je la aku letak. hehe..





eheh. tgh kbosanan melampau la ni. tak pasal2 ko jd mangsa entry aku ari ni Bby. huee.takpe la skali skale aku kenalkan korang dgn binatang2 aku, mcm yg aku buat utk kucing ngan hamster aku dulu..so korang, bela guinea pig ni lagi best dr hamster, sbb dia besar n bleh peluk2. kalo hamster, kerje nk lari je. hampeh btol...ehhe. kalo kat mysia mybe susah nk dpt kot menatang ni.....kat sini plak bnyk je org jual.

udah mate suda berat..lusa aku nk gerak pg Nice dah. so esok kne buat operasi kemas rumah. later guys..

p/s: Daoz @ Chiko, nnti2 aku buat tagged ko eh! terlupe plak..=D

Sunday, April 6, 2008

My Baby You..

stat esok colmar akan jadi bosan. cuti 2 minggu dah stat n aku pg jln2 pon lmbt lagi. esok bdak2 ni dah berlepas gi italy, so kosong la kejap moliere ni n aku sorang. bdak2 PEKOm lak ade kelas waktu siang, mlm mesti diorang penat. takkan nk kacau diorang plak kan. mmg aku akan sunyi la kejap. cuti skolah pon mslh, tak cuti pon mslh. kalo cuti, bosan sampai tak tau nk buat ape. kalo ade kelas plak, pening paler smpai padat sgt. adeh...adik2 pekom, temanlah abg tua korang ni...AAaAAAaA~
so smtara ade mase td ptg, aku sempat jugak usya2 tmpt mane nk pg after colmar ni. punye la pening sbb bnyk sgt list. nk pilih pon kne tgk tmpt jugak. bukan leh maen pilih je. silap gaya, tak hidup aku kt tmpt baru tu karang. mekasey la kat Cik Aynaa yg same2 tlg suggest n carikkan tmpt utk pkcik ni. pening sbnrnye. walopon pada hakikat aku tak cerewet sgt, tp bile tibe part2 nk pilih tmpt nk hidup ni, aku mmg super cerewet. 4 jam dok depan komp cari advantage setiap tmpt, at last aku dpt jgk senaraikan 3 final place utk aku pg. yg buat aku pening, setiap tmpt tu ade advantage dia sndri. so then the finalist are ;

Bordeaux, Strasbourg, Annecy

skrg ni tak tau lah. aku ade mase lg sampai 18 hb utk pk sblom aku submit borang tu kat SFERE. n luckily Pierron ade bls email dr Syahid pasal biomedical engineering tu. n mmg btol path yg aku nk amik tu tak salah. n mmg jugak aku kne buat mesure physique dulu bfore masuk mane2 ecole yg ade bnde alah tu. hahah...tanak pk dah..

smlm tibe gatal2 tgn pg usha profile fs akak aku. igt ke dah tak maen fs lepas kawen ni, tp ade je lg rupenye. yg buat aku sedey tibe2, bile ade plak akak aku letak gmbr anak dia a.k.a anak sedare aku la..aku tk dpt tgk dia mmbesar. thn lepas, aku smpat tgk dia pon sampai umur dia 2 minggu je. mase tu dia kecik lg. after 2 minggu dia lahir, aku tpakse balik France smule..

dulu2....


skrg ni dah besar sket...


skrg ni aleh2 je tgk dia dah besar sikit. takde langsung dah mcm muka dia dulu tu..aku balik mysia julai ni, umur dia baru 11 bulan. agak2 dia takut tak ngan aku nnti? hmmm...tibe2 rindu lak kat budak kecik ni. lebeh2 lg bile tgk gmbr baru dia, haih cair aku tgk dia senyum. so sweet ah..

Aini, tunggu uncle hang ni balik eh. tunggu nnti uncle beli baju utk Aini. jgn kuat jerit2 ..jgn tkot ngan uncle nnti okayh..

td pagi pon, aku bgn pagi sbb ibu call. hah. kantoi bgn lmbt lg. =D pg td ibu hntr ayah kat airport Kuantan, ..ayah nk g Singapore katenye. tgk petronas punye ape ntah. so bmkne kosong lg kt umah ...pastu bulan 6 plak ibu kata ayah kne g Nigeria ke ape ntah.(dak2 petronas, ade ke petronas kat Nigeria? aku tak tau...T_T)

aku rase aku balik umah julai nnti pon bosan. jom sape2 kt mysia nk ikut aku jln2, teman aku g makan2...at least ilang bosan dok sngsorang kat umah nnti. ade jgk mmber nk bsembang. korang pon kalo ade plan ape2, n then nk ajak aku same, bg tau! (gile x malu promote diri..hahah) dah2 aku ngarut lg nih. nk pg amik kopi lagi kat coffee maker aku yg bising tuh...

Wednesday, April 2, 2008

urgh...ecole, IUT?


yeah...still aku tak tukar2 lg jam kat blog aku ni. france dah kne cepat satu jam dari masa asal, so mysia ngan france skrg beza 6 jam. nnti lah aku buat..bukan pnting pon...
smlm Sylvie dari SFERE dtg...dah nk akhir2 ni, dia dtg la buat penerangan pasal nk pindah umah n pemilihan tmpt baru. tp smlm tak pasal2 kene engueler plak pasal result. deyh...x silap aku, tu sume result yg lame2. bukan yg baru. result lame2 tu takde la teruk, average je...maybe tu sbb faktor bahasa french ni. so far yg aku tgk, result2 baru cam ok, except for electric...hahaa

smlm aku rase, bnyk habes mase dgn sesi soal jawab je. kalo ikutkan, Sylvie dtg nk buat bnde laen, tp dah alang2 dia dtg, serang je la terus. bnyk sgt soklan, lebih2 agi pasal pemilihan rumah, ecole n IUT. ramai nk pg ecole, n ade jugak yg nk pg IUT. nk pilih2 ecole ngan IUT ni bukan leh maen2, kene serius n ikut plak dgn course yg ktorang nk ambik. bdak2 ni sume beza, aero lah...automobil, chemical. utk diorang yg nk ambik course2 tu sume,agak sng sbb bnde2 tu mmg dah establish kat france ni, n mmg bnde tu bnyk org buat. tp, lepas dpt email dr En.Yusri ari tu, ttibe fikiran aku berubah. drpd awal2 aku nk buat pasal kereta, aku tumbuh plak minat nk buat biomedical engineering. yup aku tau that field mybe mmg bnde baru kat mysia, tp aku ade buat research, ekceli bnde2 ni dah ade lame kat negara2 maju n en.Yusri pon ade galakkan utk buat bnde tu.

aku tak pernah dgr plak ade senior2 aku pnah buat bnde ni, n aku dgn berani nk try. luckily i'm not alone. Syahid pon nk buat bnde yg same, medical technic engineering. ade beza sket antara dua2 ni, tp bnyk yg common drpd beza aku rasa. syahid ade jumpe satu ecole ni kat Lille, tp ecole tu 5 thn n admission mybe agak susah. aku plak, aku ade jumpe ESIL, n ecole ni adalah ecole 3 thn. bermakne aku kne buat DUT dulu 2 thn kat mane2 iut dlm genie mesure physique/electric/telecommunication sblom aku dpt masuk ecole tu. spnjng aku cari ecole engineering yg ade kat france ni, ESIL je la ecole kat france ni yg offer course yg aku nk. so now, pasal admission ke ecole tu aku tolak tepi dulu,(n aku hope sgt2 SFERE bleh tlg pasal ecole ni..aku tak tanye lg nih..) n aku kne start utk cari IUT utk buat 2 thn DUT dlm genie mesure physique.(sbb aku tak minat nk buat letrik ngan telecom tuh...wakakak)

so dlm kepale, aku mmg nk letak IUT de Strasbourg atau pon mybe IUT kat Lille. ade rezeki, dpt la aku kat mane2 antara 2 ni,..tk pon, kalo SFERE nk cmpak aku kat mane2 je..aku tak kesah...layan je..

dah pg tadi takde kelas pg. so ade mase sket nk buat kerje n stadi(same je..test td hampeh gak..) esok pon takde kelas french. tibe2 dpt sms dari Giovanna, kate takde kelas..(yippie~ tu pasal leh update ngan jayanya ni..) n ari jumaat plak, kelas yg patutnye 8 jam, jadi 4 jam je sbb cikgu takleh dtg petang. haha..so bleh la g smyg jumaat~. n after that, my 2 weeks holidays starts n Nice n Monaco is waiting for me..=D. as for my frens, ade yg nk g Italy n ade plak yg buat trip bwk keter g Sepanyol.

bertuahkan dok kat France ni? centre of Europe. ko nk g mane2 pon sng je..hahah..

p/s: penat nk tdo~ =D n gmbr tu BUKAN aku. saje nk letak sbb ade 'mmber' aku sorang ni suke sgt kat manusia tu...HAHHA (sori mek, jgn mara...)