Thursday, March 31, 2011

Saat hilang cintamu


nah, amek cover pengubat lara. penuh perasaan aku nyanyi neh!

sorry la aritu terlupa nk tukar balik setting private blog tu. saje try test the other day, mase nak buang chatbox (aku dah buang, tak relevan. nak ckp ngan aku, komen je terus)then terus terlupa. pastu of course la bila aku buka kat komputer sendiri boleh je aku acces, sbb mmg dah ada account aku. baru perasan, bila dapat emel ada org request nak join blog. so, here i am again.

x bnyk sgt cerita. cuma lately ni susah sangat nak tido. classmate aku ckp maybe aku ni pikir bnyk sgt. lepas tu mula la skip kelas. babi betul.

pastu ada pulak org kata aku dah makin kurus. of course la kurus! makan pon macam tak berapa nak makan. semalam je makan bnyk sket, tu pun mmber classmates aku dari China ajak makan. penat jugak aku nak explain aku makan daging halal je. tapi diorang mmg terbaik, sanggup pi cari daging halal untuk aku, then masak without wine. ché ché! pasal apa diorang terbaik, sbb mmg diorang terbaik. they accept me for who i am and all ok for it. malah, makin kamceng ada la ngan diorang ni.


ps: jgn plak ada mulut jahat kata aku putus cinta plak..

Saturday, March 12, 2011

Shahir blues.

ape kena hari ni pun tak tau la. patutnya hari sabtu keluar la jalan² sikit, amek angin ke ape ke. last² terperap je kat umah duk depan laptop tengok je ape² yg patut. termenung. macam orang takde life. memang, duduk kat france ni memang takda life. university life kat sini bukan macam di malaysia, atau di USA, atau di UK atau kat mana² tempat lain. kurang sangat aktiviti². ni yang tetiba rindu UTP ni.(hambek, sape suroh gatal sangat keluar dulu. kalau tak sekarang ko dah grad, dah ada kerja pun.)

bak kata orang, dah jatuh pastu kena hempap tangga pulak. berat, berat...nak buat mcm mana, mcm tu la hidup. tak boleh lari dari masalah. nak tak nak kena deal jugak la mcm mana pun. dahan yang selalu tempat aku bergayut pulak sekarang tengah rapuh, tunggu masa nak tumbuh balik. takut aku nak sentuh dahan tu, takut nanti di tambah beban, terus patah. jadi kena la tunggu sampai dahan tu mengeras balik. so buat masa sekarang ni, tunggu je la bawah pokok, paling tidak berlindung dari matahari. paling tidak, akar pokok ni masih kuat, masih ada daun² yang redupkan tempat aku duduk. walaupun sememangnya duduk atas dahan pokok tu lagi nyaman, atleast kat bawah pokok ni pun dah memadai. selagi buah masih ada, selagi tu aku nak tunggu rasa hasilnya. paling tidak, aku tahu yang buahnya masih merah dan manis. pokok yang berbuah manis, jangan sekali² di tinggalkan. sayang...

maka hari ni duduk la aku depan laptop tengok detective conan. tengok online je, malas nak download. abeh tu malam semalam dah sibuk tengok movie Kamen Rider. pastu tadi entah mcm mane, terbukak plak video si Shahir af8 tu. pastu abeh aku tengok balik semua persembahan dia dari minggu satu sampai minggu final (thnx to youtube). dulu takde pun aku nak minat dia ni. seingat aku, time tu aku pro Adira. tapi start minggu ke 5 tu, terus mata aku terbukak untuk si Shahir ni. suara memang best, rupa ada, personaliti pon terbaik. nak² lepas final tu, lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan tu aku pusing berapa banyak kali dah. hari ni je dah berapa banyak kali tengok dia nyanyi lagu tu dari macam² versi. versi konsert, ajl, af, showcase, time dengan Siti. semua² lah. bak kata Adlin Aman Ramli, dia punya suara ni nice je aku dengar. dengar dia cakap n tgk muka dia pun macam cool je. aku pun tak tau kenapa. ni ha sekarang dok qada tgk Diariku Shahir..ape nak jadi la

ni show dalam AF8 yang aku paling aku suka dari shahir. muka hensem macam ni, mana la tak si awek² cair...bila tengok dia ni, rasa macam dekat gila. macam kenal pun ada..



ps: hari ni aku isytihar hari Shahir. sabtu minggu lepas hari Kamen Rider...

Sunday, March 6, 2011

Bitter sweet

Missing someone is terrible, but it is a sweet feeling.


semalam rasa macam bosan gila kat rumah. sunyi. masa tu la terkedek² cari telefon nak call orang dan family. mula² call rumah, takde orang angkat. malam sabtu, mesti parents aku keluar kot. jap lagi la call balik. then angkat henfon dan call plak si polan, so gembira la sekejap. hilang kejap sunyi dan rindu. dah pueh bckp, try call balik rumah di mysia. aih, tak angkat lagi? hipotesis aku : KUALA LUMPUR.

memang takde keje dah mak bapak aku ni. sure merantau. mentang² anak² dah sendiri², so bjln honeymoon la plak depa tuh. tekaan mmg tepat, mmg diorang ada kat KL after aku call henfon diorang. tapi diorang kat KL sbb nak antar nenek aku pg hospital. mula mula macam terkejut, sbb sakit ke nenek aku ni. risau menggelabah tak pasal². ye lah, nenek aku tu bukan muda lagi, dah tua. penyakit org tua, tak larat jalan apa semua. so parents aku ngan makcik pakcik aku bawak diorang pg hospital utk buat terapi sikit. nanti kuat la sikit kot nenek aku tu. insya Allah. dah 5 tahun aku tinggal Mysia, tapi tiap² tahun aku balik sbb aku dah janji ngan nenek aku nak balik tiap² tahun jenguk dia. that's y camne² pon aku kena balik jugak. sape tak sayang nenek sndiri? dari kecik dia jaga aku, mau tak sayang...

then malam tu tengah syok tengok balik cerita Nur Kasih, tibe² dapat invitation dari budak² ni keluar lepak. aku pun ape lagi, dah lame tak bergembira, skali skala ape salah plus cuti pon dah nak abes. nanti cuti dah abes, masing² busy, alamat sebulan la tak nampak batang hidung diorang. so hang out with the boys, happy hour sampai kol 4 pagi, then baru balik. gila, kerja gila but i had fun. bak kata Puteri, muda cuma sekali, so kita enjoy!! tapi kan, bila makin ramai orang kiri kanan, makin rindu plak kat orang yang takde kat depan mata.....

tiba² rindu plak kat anak buah. nanti bulan 6 uncle balik ok kids!

Aini and Aqil

Aafiya. uncle tak pernah jumpa lagi. nanti kita jumpa girl!

ps : ibu buat aku jeles lagi. diorang nak serang Labuan ngan Brunei plak minggu depan. aaaaaaaaaaaaaaa!!!!

Tuesday, March 1, 2011

Swan.

this blog used to be fun with photos. so today, let the pics and song do the talking.
ni la namanya orang takde kerja, berjalan² amik angin petang, snap some photos then melalak. cheers.
















ps: bosan.