...jangan sampai mata dah 'buta', telinga dah 'pekak', hati dah 'mati', baru nak menyesal sayang...dinding ni kalau dah selalu dihakis, lama² rapuh juga. aku juga lelaki biasa...
lelaki biasa yang ada hati dan perasaan. luaran semua nampak tenang, tapi dalam Tuhan je tau gejolak yang buat aku tak dapat duduk diam sayang. semua orang kata, ' ah lelaki, buat ape nk sensitif n emo sgt ' tapi hakikatnye memang macam tu. aku bukan alien... hati lelaki ni kalau tersilap sentuh, rajuknya mengalahkan rajuk perempuan. berbekas hitam sampai nak gune tawas pon tak hilang. dan ini memang dah terbukti, kalau u know who, when n what i mean la kan....
dibibir diam je, aku tak cakap apa². aku berlagak tenang di hujung talian, mengenangkan ketenteraman dia kat sana. esak kat sini, aku diamkan aje. punye lah sayang, di jaga hati di sana, tak nak tambahkan beban yang dah sedia ada. aku bukan nk mengungkit, apatah lagi membangkit bak kata lagu Elly Mazlein tu, tapi ketahuilah aku ni dah takde sape lagi tempat nak bercerita syg..aku pon tak salahkan yang di sana. yang aku mintak, diri ni terasa sedikit disayangi. bukan nak kata kasih yang diberi tak cukup, jauh sekali meminta yang lebih, tapi cukuplah hati dan perasaan ni dijaga...kebajikan mata dan telinga aku dipelihara...
aku sungguh tak penah kesah, sebab setiap saat detik dan waktu, walau bagaimana pahit untuk aku dan manis utk sayang, aku hargai kerana janji yang diberi dulu. aku cukup happy dengan keadaan sekarang, dan aku memang sangat memahami keadaan syg sekarang...sakit memang la sakit, tapi dont worry i'll get over it. because je tm plus ke tu le sais...n aku harapkan yang sama juga sayang..
sorry sayang, tetibe malam² ni dapat plak surat layang......
aku lelaki biasa, yang tak pernah berhenti mengingat dan kasih pada yang terasa...
peace my baby, ini nukilan sebelum tidur, jangan ambik serius, n esok kite act macam biase! yey!
PS:(ade tak bakat nak jadi penulis novel sehebat Ahadiat Akasyah?)